Gambar banjir kilat di KL

Hujan lebat sekali lagi menyebabkan banjir kilat berlaku di KL. 10 kawasan terlibat dengan banjir kilat ini

“Kawasan di Sentul dinaiki air kira-kira jam 4.40 petang manakala di Salak Selatan jam 3.40 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan air sudah semakin surut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.

Katanya, pihaknya turut mendapat panggilan kecemasan banjir dari penduduk sekitar tetapi keadaan tidak membimbangkan.

Hujan lebat bermula kira-kira jam 2 petang di sekitar ibu kota.

Dalam perkembangan lain, Pusat Kawalan Operasi Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengesahkan beberapa kawasan sekitar ibu kota dinaiki air.

Pembantu Jabatan Pertahanan Awam, Zulfadzli Ismail berkata, setakat ini berdasarkan aduan diterima dari orang ramai, beberapa kawasan yang dinaiki air iaitu, di sekitar Sentul; Salak Selatan; Taman Putra, Dang Wangi dan Tasik Permai, Ampang.

“Manakala di Hulu Klang, tiga tempat dinaiki air iaitu di Sekolah Kebangsaan Hulu Klang; Taman Keramat AU5 dan di kawasan perumahan Kemensah Height,” katanya.

Sementara itu, berlaku insiden paip pecah di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru dan Pegawai JPAM sedang meninjau kawasan itu.

”Setakat ini seramai 24 orang membabitkan enam keluarga dipindahkan ke Balai Penghulu Mukim Hulu Kelang, Gombak dari dua kampung iaitu Kampung Fajar dan Kampung Kuala Ampang di daerah itu kira-kira jam 4 petang tadi.” katanya.

Zulfadzli berkata, hujan lebat sekitar 2 petang tadi menyebabkan air Sungai Gombak melimpah mengakibatkan beberapa rumah dinaiki air.

”Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, air semakin surut dan keadaan terkawal,” katanya lagi.

Katanya, JPAM kini sedang menunggu laporan penuh daripada Pusat Kawalan Operasi JPAM Dang Wangi berkenaan banjir di sekitar ibu kota.

20120503-082630.jpg

20120503-082656.jpg

20120503-082710.jpg

20120503-082719.jpg

20120503-082727.jpg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN