Monthly archives for April, 2012

Layan Asam Pedas Bukit Cina

image

Kalau pergi Melaka, tak sah kalau tak makan asam pedas. Tempat biasa kami pergi , kat Lubok Cina.. memang kaw piaw la dia punya asam pedas..  harga pun ok la.. Pilihan pun banyak walaupun datang lewat malam..
image
Asam pedas power… berdengung kepala… komfom..
image

pilihan lauk yang ada…

READ MORE »

Bersiap untuk ke Jamboree basikal Jasin

image

Esok kami akan ke Jamboree basikal di Jasin pulak. Jauh juga tu, kalau bertolak pagi esok… pukul berapa nak kena bangun??? jadi malam ni kami dah bertolak ke sana, tapi bukan terus ke Jasin… ke Air Keroh dulu.. malam ni stay kat Ariff Homestay dulu kat Air Keroh.. malam boleh gi makan ikan bakar dulu…. 🙂 tambah lemak.. esok buang balik lemak tu.. hahaha Nanti aku update tentang homestay ni.. murah.. kemudahan pun lengkap..

Sedikit maklumat tentang checkpoint jamboree jasin… penting ni..

Check Point Distance
Check Point 1 – 15KM (Water Point)
Check Point 2 – 28KM (Water Point)
Check Point 3 – 37KM (Water Point)
Total Distance : 45km
image

esok pakai baju kuning.. tapi bukan baju BERSIH 3.0 okay.. ni baju Jamboree Kuale Kangsor ari tu..

Nak curi duit la tu…

image

Hari ni dapat panggilan lagi kononnya aku terpilih untuk mendapat satu kad loyalty atau kad diskaun. Aku terpilih sebab selalu guna kad debit katanya..

Dari dulu lagi kalau dapat panggilan camni, memang aku konfius.. Pada mulanya ok je.. kalau nak bagi kad penghargaan ke apa ke.. minta alamat dengan nama cukup la kan? tapi lain pula yang diorang nak..

Mula-mula diorang sebut nama penuh aku.. ok betul… kemudian tanya pekerjaan.. aku jawab je kerja sendiri.. meniaga pasar malam.. kehkehkeh.. kemudian diorang mintak nombor kad debit…

Ting!!! aku dah nampak apa diorang nak sebenarnya.. nak kebas duit aku la tu… aku pun mula konfius dah.. aku pun cakap ” saya tak boleh bagi nombor tu, sekarang ni macam-macam cara orang nak menipu.. kalau nak bagi kad tu kat saya, pos je la.. tak yah minta nombor kad debit pulak.. nak buat apa?” hah!!.. dia pun mula cerita pasal kes-kes tipu ni tak boleh berlaku dengan nombor tu je.. bla..bla..bla..  nada minah ni pun dah lain.. cam takut je…

Dah habis dia membebel pasal kes tipu-tipu tu.. Aku pun tanya lagi.. “apa nama kad loyalty tadi??? saya nak google jap!!!”. tut tut tut.. dia letak telefon… keh keh keh.. tau pun takut… silap orang la korang nak tipu.. jadi kalau korang terima panggilan dari nombor telefon 0123708353 … abaikan je.. tapi kalau nak try layan jugak apa salahnya… bagi maklumat palsu ke… tengok sapa tipu sapa plak… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN