Monthly archives for May, 2012

Gara-gara lambat bayar hosting

Cuak sekejap tadi, bukak je blog ceritawan.com ni, keluar imej camni… Ingatkan apa, rupa-rupanya terlupa nak bayar hosting… Rasanya dah set autorenew, tapi entah camana payment tak clear… Huhuhu… Nasib baik duit dalam paypal ada lagi, boleh bayar terus… Tak sampai 5 minit, blog ni bleh masuk balik… Nasib baik cepat up… Kalu tak, tak bleh tido la malam ni.. ­čÖé

Risau jugak kalau-kalau semua post sebelum ni hilang… Huhuhu menangis tak berair mata la we… Uhuhu… Tapi nasib baik semua cam biasa… Alhamdulillah….

Pengajaran untuk diri sendiri, lain kali kena sentiasa bukak emel… Huhuhu… Ini lah jugak padahnya kalau emel banyak sangat…

Remove timeline facebook

20120530-221054.jpg

Dua tiga hari ni, ramai orang request suruh remove timeline.. Semak betul la… Teruk sangat ke timeline kat facebook tu… Bagi aku ok je timeline tu… Smart…tersusun..

Bagi aku, orang yang tak suka pakai timeline ni jenis yang tak suka dengan pembaharuan… Kalau dah pakai yang tu… Nak pakai yang tu la jugak sampai bila-bila… Kemon la… Kalau tak suka, tak yah nak invite-invite… Serabut notification… Nak kena reject, nak kena block… Pastu ada plak orang lain request… Adoi..

Sebenarnya, facebook akan sentiasa update interface di facebook dari masa ke semasa… Pakai je la kalau dah nama pun free kan… Tak yah pening-pening…

Zizan kena baling di Super Spontan

20120525-231710.jpg

Super Spontan malam ni boleh tahan jugak lawak dia.. Banyak permainan baru yang dimainkan oleh peserta yang tinggal.. Walaupun Bell terpaksa meninggalkan pentas Super Spontan malam ni, persembahan Beruang Comel tetap mantap.. Banyak permainan yang menunjukkan Beruang Comel lebih lawak dari Angsa Ganas

Yang mengejutkan malam ni, Zizan kena baling dengan Suhaimi.. Live tu Zizan kena baling… Nasib baik tak patah hidung Zizan tu… ­čÖé sebenarnya Zizan kena baling dalam permainan yang dipanggil ‘Ciptaan’.. Mereka dikehendaki mencipta atau mencari kegunaan lain bagi sesuatu barang yang diberi.. Mereka diberi penyangkut baju kecil dan semasa menggayakan barang tersebut, Suhaimi terbaling penyangkut tersebut ke muka Zizan… Kuat tu baling… Tapi nasib baik Zizan ok… Nampak cam ok la.. Selepas kena baling tu, Zizan hilang sekejap, mungkin dia pergi check muka dia ok ke tak kot… Lepas tu Zizan kembali dan sambung permainan seperti biasa… Itu baru profesional…. ­čÖé

Dan akhirnya kumpulan Angsa Ganas kalah dalam permainan malam ni.. Nana, satu-satunya peserta perempuan tersingkir malam ni.. Maknanya, untuk peringkat akhir Super Spontan pada minggu hadapan, Zizan, Tauke dan Suhaimi akan melawan Johan, Rahim dan Ropie…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN