Monthly archives for June, 2012

Osman Kering disahkan meninggal

AlFatihah untuk arwah Osman Kering yang disahkan meninggal dunia di HUKM pada pukul 3.45 tgh hari tadi…image

AWAS: Ingatan untuk semua – Culik & Bunuh

Info ni aku dapat dari rakan-rakan di facebook. Betapa terdedahnya kita dengan pelbagai kegiatan jenayah yang semakin berleluasa sekarang..

;

Alhamdullilah, semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jgn ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihar didalam Metro atau KOSMO.

Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara.
READ MORE »

Memey hamil 6 minggu

20120628-121351.jpg

SEMBILAN bulan melayari bahtera perkahwinan bersama aktor, Norman Hakim, akhirnya pelakon, Memey Suhaiza, disahkan hamil.

Setelah mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor, usia kandungan Memey kini mencecah enam minggu.

Teruja dengan berita gembira itu, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 24, memberitahu, Norman adalah insan pertama yang mengetahui perkhabaran itu.

“Sebelum dapatkan pemeriksaan doktor, saya buat ujian sendiri melalui alat pengesan kehamilan.

“Ketika itu, saya belum beritahu abang (Norman) lagi kerana belum pasti. Bila beritahu abang, dia terus peluk saya dan berpesan agar menjaga kandungan dengan baik. Abang juga menghubungi pihak produksi agar memantau keadaan saya di lokasi.

“Doktor turut berpesan agar saya mengurangkan aktiviti seni kerana usia kandungan masih baru. Namun, mungkin saya akan menyiapkan dahulu kontrak yang telah ditandatangani,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama 13 episod, Jerangkap Cinta, untuk siaran RTM.

Memey memberitahu, Norman inginkan anak lelaki. Pun begitu, dia tidak kisah mengenai jantina anaknya itu.

“Apa yang penting, kandungan saya sihat dan tidak mengalami sebarang masalah,” katanya.

Norman dan Memey selamat diijabkabulkan pada 24 September 2011.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim,7, dan Maria Danisha Hakim,4.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN