Monthly archives for June, 2012

Nenek potong tangan cucu 8 bulan

20120628-061036.jpg

Bayi malang ini terpaksa menjalani pembedahan selama 12 jam untuk menyambung semula kedua-dua tangannya.

Seorang bayi berumur lapan bulan berhadapan detik menyakitkan apabila kedua-dua belah tangan dipotong sehingga putus tanpa sebab oleh neneknya di wilayah Shandong, China.

Menurut polis, insiden kelmarin, berlaku semasa mangsa sedang dalam jagaan wanita tua itu berikutan ibu bapanya keluar bekerja.

Motif sebenar kejadian masih belum dipastikan kerana suspek dalam keadaan koma kerana cuba membunuh diri sejurus bertindak memotong tangan cucunya itu.

“Petang itu, saya nampak ibu bayi berkenaan meluru keluar daripada rumahnya sambil membawa anaknya yang dalam keadaan berlumuran darah selepas beberapa minit pulang dari kerja.

“Saya juga terdengar wanita itu bercakap dengan seseorang dalam telefon dan berkata tangan bayinya dipotong ibunya sebelum cuba membunuh diri,” kata seorang jiran keluarga mangsa.

Difahamkan, bapa bayi malang itu terpaksa pulang ke rumah mereka untuk mengambil bahagian tangan anak perempuan mereka yang dipotong dan disambungkan semula ke badan bayi berkenaan di hospital.

Dalam pada itu, walaupun pembedahan menyambung semula tangan mangsa membuahkan hasil positif, doktor yang terlibat tidak dapat memastikan sama ada anggota itu dapat berfungsi dengan baik.

-SH

Abby Abadi dapat hidayah sesat??

20120627-115510.jpg

PELAKON yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan Gerak Khas, Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagai mendapat hidayah sesat.

Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej manis bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya.

20120627-115321.jpg

Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau,pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat.

Sebelum ini Abby mendapat liputan media apabila dilihat menyangkal kenyataan salah seorang menteri yang mendakwa peserta Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh parti Islam itu menerima bayaran.

READ MORE »

2,500 Rakyat Malaysia Dikesan Hidap Penyakit Hati Setiap Tahun

Kira-kira 2,000 hingga 2,500 rakyat Malaysia dikesan menghidap penyakit hati kronik setiap tahun.

Ketua Perkhidmatan Pembedahan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Datuk Dr Harjit Singh berkata daripada jumlah itu, hanya 200 hingga 350 pesakit yang berpeluang menjalani pembedahan pemindahan hati.

20120627-094955.jpg

“Jika dibandingkan kos pemindahan hati di hospital swasta dan hospital luar negara, rata-rata akan menelan belanja sekitar RM350,000 hingga RM1 juta, menyebabkan ramai pesakit tidak berkemampuan untuk membiayai kos pembedahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Yayasan Maybank kepada Tabung Amanah Pusat Perkhidmatan Transplan Hepar Hospital Selayang di sini, hari ini.

Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor menyampaikan sumbangan berjumlah RM162,000 kepada Tabung Amanah Transplan Hepar yang diwakili Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh.

Dr Harjit berkata penyakit pada hati berpunca daripada pelbagai faktor seperti terlalu banyak mengambil minuman keras (alkohol), jangkitan hepatitis dan kanser, dan ia boleh menyebabkan kematian jika tidak segera dirawat.

— BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN