Monthly archives for July, 2012

Uncle Seekers kembali

Sejak Uncle Seekers ditangkap dan kemudiannya dilepaskan semula, tiada update terbaru oleh beliau kerana blog uncleseekers yang sebelum ini telah ‘hilang’. Ingatkan beliau dah serik dengan kes tersebut, rupa-rupanya Uncle Seekers kembali dengan post di blog terbarunya…

20120730-104513.jpg

Ni antara petikan post terbaru beliau…

Minta maaplah banyak-banyak sebab tiada sebarang kabaran dari aku sendiri. Untuk pengetahuan korang semua selepas saja aku dibebaskan pada 14-7-2012, peguam aku terus bawa lari aku keluar dari wilayah JOHOR. Pemandu peribadi yang bawa kereta jenama 3 bintang tu lari macam pelesit! Sekejap-kejap peguam aku Tanya pemandunya sama ada orang follow tak? Aku plak dok layan ipad dia sampailah Kuala Lumpur. Macam-macam berita dalam akhbar tentang penahanan aku tapi yang paling besh sekali pelbagai komen nakal dari pelbagai forum. Sejak dari dulu lagi aku berpegang kata-kata Imam Ali.“Manusia sentiasa bermusuh dengan perkara yang mereka tidak tahu”. Untuk mereka yang bersifat begitu, don’t worry, aku sentiasa memafkan anda semua.Berbalik cerita tentang peguam aku tadi, kalau tak silap aku tak kurang dua kali pemandunya mengingatkan beliau bahawa minyak kereta perlu di isi. “Try to find in Melaka”. Kalau kereta bawah 1000cc memang comform aku maki kaw-kaw punyer sebab bawa kereta tekan minyak macam mak abah tiri dia punya jalan!
“Berapa harga kereta masa you beli kereta ni?” Peguam aku menjawab secara acuh tak acuh sambil menulis sesuatu di computer ribanya jenama [(SONY VAIO)*edited] yang terbaru. Cun sioot! “Around eight hundred thousand”.
READ MORE »

Saat Nabi Muhammad SAW hampir wafat

Pagi itu, walau langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, ketika itulah Rasulullah SAW dengan suara terbatas memberikan khutbah:

“Wahai umatku! Kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku tinggalkan dua perkara kepada kamu, al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku, dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku.”

Khutbah singkat itu berakhir dengan pandangan mata Rasulullah SAW yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap Baginda dengan mata yang berkaca-kaca, ‘Umar dadanya turun naik menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan ‘Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu sudah datang, saatnya telah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati para sahabat.

Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, memaksa ‘Ali dan Fadhal dengan segera memapah Rasulullah SAW yang berkeadaan lemah dan goyah sebaik turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang memilukan.
READ MORE »

Blogger disaman RM1 juta kerana fitnah

KUALA LUMPUR – Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.

Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.

20120727-155448.jpg

Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.
READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN