Monthly archives for July, 2012

Bonus Raya Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
READ MORE »

Mesej dari eBay – Congratulations, your item sold!

Congratulations, your item sold! Inilah mesej paling disukai oleh penggiat atau pun peniaga di eBay. Ebay memang lubuk duit, tapi ebayer tegar je yang mampu bertahan lama untuk meniaga kat situ. Dengan pelbagai polisi yang sentiasa di update ikut suka mak bapak dia… caj yang kadang-kadang melebihi sale… huhuhu banyak lagi la dugaan kalau nak jadi seorang ebayer ni.

Emel tu, aku dapat lebih 3 tahun dulu. itu adalah jualan pertama yang berjaya aku buat di eBay. Kelakar pun ada, jual kereta mainan di eBay… hahaha… tapi pulangannya… Alhamdulillah… dapat la cover sikit mana-mana yang patut… ­čÖé

Akaun tu pun dah kena banned sebab masalah VERO… huhuhu… tapi itu lah namanya dugaan dalam menjadi seorang ebayer.. READ MORE »

Kadar zakat fitrah 2012

Kadar bayaran Zakat Fitrah 2012 mengikut negeri-negeri seluruh Malaysia

Definisi ringkas,zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Sumber kadar yang disertakan ini adalah menerusi daripada pusat zakat dan juga laman sesawang rasmi majlis agama islam mengikut negeri.

Panduan membayar Zakat

1. Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
2. Pastikan anda mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri.
3. Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya. READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN