Monthly archives for August, 2012

Amaran Tsunami untuk Indonesia dan kawasan sekitar

Menurut US Geological Survey, satu gempa bumi dengan magnitud  7.9 telah melanda luar pantai di Filipina,  pada hari ini (31 Ogos 2012)..

Gempa bumi tersebut telah mengakibatkan amaran tsunami dikeluarkan kepada  negara-negara berikut:

Indonesia, Philippines, Belau, Yap, Taiwan, Japan, Guam, N. Marianas, Papua New Guinea A Tsunami Watch is in Effect For Chuuk, Marcus Is., Kosrae, Pohnpei, Marshall Is., Wake Is., Solomon Is., Russia, Nauru

“Satu gempa bumi sebesar ini mempunyai potensi untuk menjana tsunami pemusnah yang boleh menyerang pantai berhampiran pusat itu dalam beberapa minit dan pantai lebih jauh dalam masa beberapa jam,” – Pusat Amaran Tsunami

-CNN

Perjalanan ringkas Majlis Perkahwinan Ustaz Don

Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan ustaz don daniyal

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

*Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

” Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya” (Riwayat Abu Daud no.1260)

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

Sumber: KLHIVE

Merdeka 55 tahun sudah..

image

Janji ditepati.. semua dah tahu itu adalah tema sambutan Hari Kemerdekaan untuk tahun 2012 ni. Kalau ditengok pada tema- tema sebelum ni, tema tahun ni paling”menarik” hingga pelbagai isu timbul… dari temanya… logonya.. hinggalah lagu tema merdeka tu sendiri..

Kenapa jadi macam ni ye?? Kalau dulu, masuk bulan Ogos je, dah banyak kereta, lori, motorsikal… hatta basikal pun diletakkan Jalur Gemilang… rasa la jugak bahang sambutan hari kemerdekaan… tapi tahun ni, semua jadi hambar… sekarang jangan kata kat basikal, kat kereta pun susah nak tengok Jalur Gemilang dikibarkan… kalau nak tengok bendera banyak, pegi je ke sekolah, bangunan-bangunan kerajaan… kat situ memang banyak..

READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN