Monthly archives for August, 2012

Apple senarai 8 produk Samsung yang perlu ‘diharamkan’

Apple Inc hari ini menyerahkan senarai lapan produk Samsung Electronics Co. kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.

Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati ‘meniru’ model iPhone dan iPad keluaran Apple.

Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.

Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu Galaxy S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail.
Pada 26 Jun lalu, Hakim Koh mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas mendapati ia menyalahi ‘reka bentuk paten’. – AP

Bajet 2013 tidak lama lagi

Datuk Seri Najib Razak optimis terhadap unjuran ekonomi negara bagi tempoh separuh akhir tahun ini dan tahun depan kerana berdaya tahan, terutama sejak kerajaan melaksanakan program transformasi.

Sambil menjelaskan inisiatif itu meliputi Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta Program Transformasi Ekonomi (ETP), Perdana Menteri bagaimanapun berkata tetap berhati-hati berikutan risiko ekonomi global menguncup yang perlu diberi perhatian.

Beliau berkata, usaha kerajaan meningkatkan kekayaan negara menerusi program transformasi akan memanfaatkan seluruh rakyat antara lain dapat menyediakan kemudahan dan perkhidmatan lebih baik, termasuk bagi warga emas.

“Sebagai contoh perkhidmatan kesihatan, faedah persaraan serta faedah jangka pendek lain yang lebih baik,” katanya menjawab soalan peserta pada sesi sembang secara langsung melalui laman web New Straits Times (NST), NSTLive, di Balai Berita di sini, semalam.

Beliau yang ceria sebaik tiba di Balai Berita, tenang memberi tumpuan kepada soalan dalam talian pada sesi sejam itu dengan pada ketika tertentu, kelihatan serius berfikir dan ada kala tersenyum lebar, malah ketawa mesra.
READ MORE »

Sejarah ikan sebelah

Ikan Sebelah Laut atau juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi, nama saintifiknya Pseudorhombus spp. / Achiroides spp. adalah tergolong dalam ikan air masin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di MALAYSIA Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman a.s. tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah ikan itu hidup semula dan berenang kembali kelautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja dan bukti kewujudannya kekal sehingga kehari ini untuk menjadi iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam

20120828-133150.jpg

Wallahuaklam…

Sumber: facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN