Monthly archives for September, 2012

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus Oktober 2012

Download ucapan bajet 2013

image

Bajet 2013 telah selesai diumumkan oleh PM, merangkap Menteri Kewangan Malaysia. Yang paling ditunggu oleh aku dan kakitangan awam yang lain, BONUS… Alhamdulillah, bonus untuk tahun ni, sebulan setengah gaji… termasuk bonus hari raya hari tu.. maknanya ada lagi sebulan la.. Bayaran akan dibuat pada bulan Disember dan Januari 2013.. Tu baru betul-betul bajet…

BRIM juga turut diteruskan kepada golongan berpendapatan rendah sebanyak RM 500, cuma kali ni, golongan bujang juga turut dapat merasa bantuan ni… mereka akan diberikan bantuan sebanyak RM250…

Kalau nak tengok yang lain download je terus ucapan bajet 2013 tu disini...

Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan pintasan jantung di IJN pada kira-kira jam 10.34 pagi tadi.

20120928-130126.jpg

Abdul Ghani begitu terkenal dengan gelaran Raja Bola Sepak meninggal pada usia 77 tahun. Allahyarham dilahirkan pada 23 Disember 1935 di Kampung Solok, Rantau, Negeri Sembilan.
Antara pencapaian Antarabangsa Abdul Ghani ialah juara Pestabola Merdeka 1958, 1959, 1960; pingat emas Sukan SEAP, 1961; pingat gangsa Sukan Asia 1962; tempat kedua Kejohanan Kelab Asia 1967 dan juara Piala Malaysia sebanyak 8 kali.

-BHarian

Al-Fatihah untuk allahyarham…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN