Monthly archives for September, 2012

Nama paling pendek dan pelik di Malaysia

Ni betul-betul kes hairan bin ajaib yang berlaku di Malaysia. Nama yang paling unik, pelik dan ringkas. Entah camana dia pergi sekolah dulu… camana lah agaknya orang panggil dia ni.. Memang pelik betul la… Heran… Heran…
image

Nak tahu nama dia??

1. Copy nombor kad pengenalan ni… 781220135703
2. Klik kat laman WEB NI
3. Klik SEMAK

Dapat?? Pelik kan? Memang boleh masuk Guinness Record tu.

Jangan busuk hati

KITA selalu mendengar orang berkata: “Hah, dia tu memang busuk hati.” Atau mungkin juga kita pernah mendengar ungkapan ini: “Kau janganlah lembut hati sangat, nanti kepala kau tu dipijak-pijakkannya.”

20120927-205006.jpg

Demikian dua contoh bagaimana ujaran perkataan hati digunakan dalam masyarakat kita.

Ini menunjukkan hati merupakan alat atau organ paling isitimewa sehingga banyak kata bidalan atau pepatah yang menggunakannya sebagai lambang kepada situasi manusia dan untuk menunjukkan watak seseorang.

Hati bolehlah diibaratkan suis kepada pergerakan anggota badan yang lain.

Jika baik dan elok hati itu berfungsi maka akan baik dan cantiklah persembahan yang ditunjukkan oleh anggota badan lain.

Dengan kata lain, apa saja yang dilakukan manusia sama ada berbentuk kebaikan atau kemaksiatan, semuanya berpunca daripada hati.

Hati umpama raja yang yang mengarahkan seluruh anggota badan yang lain supaya mengikut perintahnya.

Abu Hurairah mengatakan: “Hati umpama raja dan anggota badan sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, pengawalnya tentulah bertugas dengan baik juga.

READ MORE »

Presiden Google ditahan di Brazil kerana enggan buang video hina nabi

Ini baru betul.. Bukan setakat buat demo.. Buat bantahan.. Pihak kerajaan juga perlu bertindak terhadap mereka terlibat dalam kes video hina Nabi Muhammad SAW. Google dengan jelasnya enggan membuang video tersebut terus ditekan dan dikecam oleh umat islam diseluruh dunia. Yang terbaru, presiden google di Brazil ditahan oleh pihak berkuasa Brazil kerana kes tersebut… Google pun ada pejabat kat Malaysia kan??

20120927-124124.jpg
Fabio Jose Silva Coelho

RIO DE JANEIRO – Pihak berkuasa menahan Presiden Google di Brazil, Fabio Jose Silva Coelho semalam atas dakwaan melanggar undang-undang pilihan raya negara Amerika Selatan itu.

Coelho didakwa tidak mengeluarkan video atas talian yang didakwa memfitnah seorang calon jawatan Datuk Bandar.

Tindakan itu muncul ketika beberapa negara mendesak YouTube dan Google mengeluarkan klip filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Mato Grosso do Sul, negeri di barat daya, menuduh Coelho enggan mematuhi permintaan agar video berkenaan dikeluarkan dari YouTube.

Polis persekutuan menahan Coelho semalam. Penahanannya diumumkan di Sao Paulo.

Bagaimanapun menurut polis, tindakan Coelho hanya jenayah kecil dan akan dibebaskan sebaik dia menandatangani dokumen bahawa dia akan hadir di mahkamah.

Di bawah undang-undang Brazil, tindakan melanggar arahan hakim boleh membawa hukuman penjara setahun.

Awal bulan ini, seorang eksekutif syarikat lain berhadapan dengan dakwaan yang sama di negeri utara Brazil, Paraiba kerana didakwa memfitnah calon Datuk Bandar di wilayah itu.

-SinarHarian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN