Monthly archives for November, 2012

Tarikh keputusan upsr 2012

image

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Ingatan buat semua pemandu

Kisah ni sekadar ingatan buat diri sendiri dan semua. Perkara ni memang nampak remeh, tapi impaknya memang sangat teruk jika terkena kat batang hidung sendiri. Jadi sebagai langkah keselamatan, marilah kita ingat mengingati dan berdoa agar perkara sebegini tidak berlaku kepada kita, saudara-mara mahupun rakan-rakan….
image

KEJADIAN TERBARU DI R & R

Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.

Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).

Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menyelusuri lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.

READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN