Monthly archives for December, 2012

Daim Amsyar… 1 tahun 2 bulan sudah…

Lama tak update pasal anak-anak…

Wan Daim Amsyar dah lebih 14 bulan sudah.. kejap je masa berlalu…

Baru belajar bertatih.. dah boleh melangkah tapi takut… langkah pertama dia masa kat Pulau Pangkor, 13 Disember 2012… terlampau eksaited dia tengok papa dia bawa balik basikal (basikal sewa)… terus dia jalan nak gi pegang basikal… memang minat betul dia ngan basikal… sampai lupa, terus jalan… sempat juga lima nam langkah.. tapi terjatuh, terus tak jadi jalan..

Sekarang masih takut lagi… nak kena pimpin baru dia nak jalan… takpa la kan… slow-slow…

image

READ MORE »

Cara block pizap.com

SEMAK betul la orang yang invite/ tag pasal pizap.com ni. Kononnya nak tukar theme FB, tapi menyusahkan orang. kalau nak tukar, tukar je la… tak yah menyusahkan orang lain…

Cara nak blok pizap.com ni senang je…

Cara block application piZap.com
1.Buka link: http://www.facebook.com/settings?tab=blocking
2.Dekat ruangan “Block apps” taip: piZap.com

block pizap

Kredit to FB Mohamad Afiza

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

image

PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN