Monthly archives for March, 2013

Jangan beli domain dan hosting dengan fivio.my

blog downfivio.my, dah lama kompeni hosting ni bukak.. masa baru bukak dulu ok je.. ye la nak tarik pelanggan kan… tapi selepas dah beberapa tahun ni… memang hampeh fivio.my ni… bukan nak kondem bisnes bangsa kita… tapi kalau dah web down beberapa minggu, hantar emel tak jawab… call tak angkat memang sakit hati…

memang bersepah web hosting provider kat malaysia ni… dan bukan semua teruk… ada juga yang bagus… tapi entah apa yang dah jadi dengan fivio.my ni… memang geram betul la… dah la baru je renew hosting…

nasib baik ada satu je web aku yang guna fivio.my ni… dan nasib baik juga web ni untuk kegunaan sendiri… kalu tak, jenuh la nak jawab ngan customer… selain fivio.my, aku suka pakai netkl, support memang cepat dan setakat ni web pun ok… Alhamdulillah..

kat forum wangcyber pun ramai yang komplen pasal fivio.my ni… dah kaya kot diorang ni, sebab tu malas jaga customer dah. kalau nak tengok apa kata geng wangcyber bleh tgk kat sini. kat FB diorang pun ramai yang komplen.. nak tengok??? Klik SINI..

jadi nasihat aku kat sape-sape yang nak beli hosting tu elakkan la dari fivio.my ni… memang ****…..

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

image

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN