Monthly archives for July, 2013

Anak kena denda, ayah saman cikgu

ayah saman cikguBUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.

Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.

“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.

Katanya dia membuat laporan polis semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama

WanDin: Macam ni punya ayah pun ada ke? Dia ingat cikgu suka-suka je ke marah anak dia camtu… tak fikir ke sebab apa??? Meh aku tolong jawaB: SEBAB nak suruh anak encik tu jadi pandai…

baca berita ni teringat cerita P. Ramlee… Anak ku Sazali…

Pemandu van mati ditembak

india ditembakPARIT BUNTAR – Seorang pemandu van, N. Jeevandran, 26, mati ditembak ketika memberhentikan motosikalnya di satu persimpangan di Jalan Permai Utama berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian di sini pagi tadi.

Jeevandran yang ditembak sebanyak tiga kali maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kiri perut dan bawah pinggang.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa yang mempunyai lima rekod jenayah lampau dan baharu selepas menjalani hukuman di Kelantan dipercayai ditembak dari jarak dekat.

“Suspek terus melarikan diri namun kejadian disedari orang awam yang terdengar letupan senjata berkenaan,” katanya. – KOSMO!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz2acIc9DoN

Bonus sebulan gaji untuk k’tangan awam Selangor

 

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju untuk memberi bonus Hari Raya sebulan gaji kepada kakitangan awam di Selangor.

 

Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan  selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

 

Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

 

Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

 

Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan.

 

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN