Monthly archives for August, 2013

Doa untuk belajar

image

Polis mendedahkan logo kongsi gelap

logo kongsi gelap 1Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

tatoo geng kongsi gelapSAC Dato’ Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.

Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.

Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.lambang kongsi gelap
SUMBER: FB PDRM

Filem Tanda Putera yang konstroversi dan fail

Hari ni Filem Tanda Putera yang panas tu dah mula ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh Malaya. Tapi kat Penang takde sebab kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan filem Tanda Putera ni ditayangkan di sana.

Aku sendiri tak tengok pun lagi cita tu, jadi takleh kata apa-apa la, tapi dah boleh tahu sangat… cerita melayu ni kalau tengok kat panggung… memang rugi… tak berbaloi…

Bukan taknak support industri filem Malaysia, tapi kalau dah cerita pun mengarut… buang duit je.. bab audio atau video effect tu tak payah cita la… lagi la hampeh..

Belum apa-apa lagi pun, cerita ni dah kantoi dengan beberapa prop yang tak logik @ tak sesuai dengan filem tu… setakat ni baru 2, esok lusa tentu ada orang share lagi ke”fail”an cerita ni… (marah orang DBP kalau baca blog ni ­čÖé )

tanda putera fail

Tahun 1960-an dah ada kereta Proton Iswara – fail….

tanda putera fail 2

tahun 1960-an juga dah ada lori Daihatsu baru… hebat betul daihatsu ni, tahun 1960-an pun dah ada lori camtu… dahla kantoi lori, pelakon plak boleh je senyum nak kena ketuk ngan kayu… fail…

Update terbaru koleksi tanda putera yang fail
image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN