Monthly archives for August, 2013

Download KL Gangster 2

Patutlah Syamsul Yusoff mengamuk sakan hari ni. Belum pun filem KL Gangster 2 tu masuk wayang, orang dah boleh download. Jem pala otak weh… Filem lain biasanya dah main kat panggung atau Astro First baru ada link download, tapi belum apa-apa dah kena camni. memang patut pun dia angin.

KL Gangster 2

Sepatutnya Filem KL Gangster 2 ni ditayangkan di pawagam bermula 3 Oktober ni. Nak download filem KL Gangster 2??? google la beb… hahaha

p/s: harap-harap ni la filem gangster terakhir. Buat la cita genre lain plak..

Sinopsis Filem KL Gangster 2

Mengisahkan tentang kehidupan Malek, Jai, Zati dan Mak sebermulanya perjalanan mereka sebelum segalanya berakhir. Mak menghidap penyakit ketumbuhan di otaknya. Jai pula berhutang dengan Dragon. Malek pula terdesak hendak mendapatkan wang yang banyak untuk membayar kos perubatan maknya. Manakala, perebutan kawasan antara Tailung dan King semakin meleret. Tailung semakin berani sehingga tergamak mengganggu makan malam keluarga King. King terpaksa memujuk Malek untuk sarung baju dengannya.

King memerlukan Malek untuk menumpaskan keangkuhan Tailung. Manakala, Dragon pula semakin tidak sebulu dengan Tailung atas sikap angkuhnya. Dragon mengambil jalan selamat dengan mengambil Jai yang berhutang dengannya sebagai anak buahnya. Jai berkerja dengan Dragon kerana terhutang wang ringgit kepada Dragon. Malek pula semakin terdesak tatkala Padil memberitahu bahawa doktor memerlukan kos rawatan sebanyak 200 ribu ringgit dengan segera atau pembedahan tidak dapat dilakukan.

Akhirnya Malek bersetuju untuk membantu King untuk naik semula. King cedera ditembak di kaki oleh Tailung dalam satu pergaduhan di sebuah kelab malam. Malek datang membantu. Rentetan daripada itu, Malek terus melanggar semua taiko-taiko seluruh KL. Malek turut mengajak Ajib dan Shark untuk membeli senjata bagi melawan Tailung. Perang berlaku di pelabuhan Klang. Pergaduhan antara Malek dan Tailung berlaku di sebuah kilang. Jai yang telah bersumpah hendak membunuh Tailung dengan tangannya sendiri turut masuk campur setelah melihat dengan matanya sendiri bagaimana Tailung merogol adik perempuan kandungnya.

Kesudahannya?? Sama-sama kita saksikan di pawagam nanti…. Apakah Malek berjaya menumpaskan Tailung? Atau Malek yang tumpas????

 

Nombor plet Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang baru

image

Kalau tengok kat website JPJ, nombor plet KL masih WYV… tapi semenjak beberapa hari ni, gambar  Proton Prima S dengan nombor plet baru ni banyak berlegar di FB dan blog-blog.. Gambar kereta lain takde lah pulak.. dah tak sabar-sabar nak pakai nombor plet baru kot…
Tapi bagi aku, nombor plet baru ni tak cantik pun… kecuali la pakai nombor 1 digit atau 2 digit, macam W1A ke… W1B ke… dah seterusnya.. tapi kalau dah masuk 3 @ 4 digit.. dah jadi huduh…

nak beli la nanti W4N… hehehe.. (beli dalam mimpi je la)..

Wordless wednesday #9 – Berbisik

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN