Monthly archives for September, 2013

Berita: Pelatih PLKN Muadzam Shah mati dibunuh

plkn-ns-logoSeorang pelatih berumur 18 tahun dipercayai dibunuh di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Muadzam Shah, Pahang kerana dikatakan memotong barisan semasa sarapan pagi pada Ahad lalu.

Sehubungan itu, tiga pelatih berumur 17, 18 dan 21 ditahan polis bagi membantu penyiasatan kes bunuh berkenaan.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi kem itu pada 12.04 pagi dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Muadzam Shah.

Terdapat tanda kecederaan di belakang telinganya, dipercayai disebabkan oleh objek tumpul.

Bedah siasat awal mendapati Suhaimi mati kerana kecederaan di bahagian otak.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Mohd Haris Dau mengatakan tiga yang ditahan berasal dari Johor dan Pahang.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa menyebabkan kemarahan beberapa pelatih PLKN lain apabila memotong barisan pada Ahad.

Ini menyebabkan pergaduhan pertama antara mangsa dan tiga yang lain beberapa jam kemudian.

Mohd Haris berkata, pergaduhan kedua berlaku pada 11.30 malam dan 30 minit selepas itu, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di lantai bilik mandi.

Terdapat 22 kematian semenjak PLKN diperkenalkan pada Disember 2003 termasuk mati lemas, jangkitan kuman dan masalah kesihatan lain.

Ini merupakan kes pertama mangsa dibunuh di kem latihan PLKN. Pada 2004, gadis berumur 17 tahun dirogol oleh jurulatih PLKN yang kemudiannya dipenjarakan selama 12 tahun. – 24 September, 2013.

Cara nak check telefon samsung original atau tiruan

image

Cara nak kenal pasti Smartphone Samsung set original atau x…
1-tekan *#0*#
2-paparan LSD TEST(tekan sensor – image test
3-jika keluar paparan gambar berikut:
gambar anjing -set ariginal
gambar handphone – set korea / 2nd class
gambar lain2-set china/3rd class/low class

selamat mencuba…

Posted from WordPress for Android

Peruntukan waktu tahap 2 KSSR tahun 4

Mulai 2014, tahap 2 iaitu tahun 4  akan menggunakan kurikulum KSSR dengan peruntukan waktu yang telah disesuaikan berdasarkan KSSR tahun 1-3… berikut adalah peruntukan waktu bagi tahun 4 KSSR yang akan digunakan bermula tahun 2014

image

Posted from WordPress for Android

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN