Monthly archives for January, 2014

W1N milik Sultan Johor dengan harga RM748 000

Kalau dulu, kecoh kejap pasal Sultan Ibrahim beli nombor plet WWW1 dengan harga RM520 000, kini Sultan Johor sekali lagi berbelanja besar untuk membeli nombor plet W1N dengan harga RM748,000.. Peh… Mesti kecoh lagi nanti ni…
image

Banyak betul duit Sultan Johor kan??? … Yang pasti, ni rekod baru nombor plet termahal di Malaysia.. Sebelum ni WWW1 dengan harga RM520,000 (2012) MCA1 dengan harga RM300100… (2010)

Tak leh komen lebih-lebih, kang kena saman… Sia-sia je… ­čÖé

Nombor idaman aku… W4N… Tengok je la.. Nak beli memang tak mampu… Kalau mampu pun.. Tak beli kot nombot plet sampai ratus ribu camtu… Banyak lagi benda berfaedah lain yang boleh buat..

Cara nak format lenovo P780 dan seangkatan dengannya

Hari ni henfon Lenovo aku jem… Tak boleh nak boot ke sistem atau home screen. Duk keras kat loading app… Pastu restart balik.. Macam-macam cara aku try, jadi camtu jugak..

Last sekali, yang paling aku tak suka buat, format… Huhuhu… Dah la tak buat back up semua data ngan setting… Nak kena install balik semua app, emel-emel… Tapi nak buat camana?? Dah takde cara lain lagi…
image

Cam biasa, tanya pakcik Google.. Cara nak format Lenovo ni  senang je… Apa model pun sama je…
1. Off dulu henset.
2. Tekan butang volume up + on pada masa yang sama.. Henfon akan masuk ke factory mode..
4. Bahasa cina akan keluar.. Tapi jangan risau.. Buat-buat faham je… Ambik option yang ada perkataan MMC… Gunakan butang volume down untuk turun ke bawah. Dan tekan ‘home’ untuk pilih..
5. Tada… Dah siap…

Selamat mencuba…  ­čÖé

Status halal Stemcell dari Phytoscience

MENJAWAB ISU PRODUK DOUBLE STEMCELL DARI SYARIKAT PHYTOSCIENCE
image

Tuan/puan,

JAKIM mengesahkan bahawa produk Double Stemcell dari syarikat PHYTOSCIENCE merupakan BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.

Hasil siasatan JAKIM, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Jika disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM200,000.00 bagi kesalahan pertama.

Sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal, Cik Nadia Zammil Md Nasir sebelum ini adalah BENAR.

Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk berhati-hati memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan.

Sekian, terima kasih.

Sumber:
Seksyen Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
20 Januari 2014

Sumber FB JAKIM

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN