Monthly archives for February, 2014

Notis agihan dan catuan air di Selangor

NOTIS PENGAGIHAN AIR BERJADUAL DI KAWASAN HULU LANGAT, KUALA LANGAT DAN SEPANG EKORAN  PENUTUPAN LOJI RAWATAN AIR (LRA) CHERAS BATU 11 DAN LRA BUKIT TAMPOI 

 

Susulan daripada keadaan bekalan air yang terputus disebabkan penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi kerana pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat sejak 28 Januari 2014 yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah meluluskan Pelan Pengagihan Air Berjadual dilaksanakan di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Pengagihan Air Berjadual tersebut dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

 

Sehubungan itu, berikut adalah Pelan Pengagihan Air Berjadual untuk makluman semua pengguna terlibat:

 

  1. 1.         TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN PENGAGIHAN AIR BERJADUAL

Bermula pada 27 Februari 2014 (Khamis) hingga 31 Mac 2014 (Isnin). Tempoh ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN.  READ MORE »

Undian PBS

“Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan.” Kata Idris Jusoh, semua rakyat mahukan PBS. Ekoran dari itu, muncul satu web untuk membuat undian tentang PBS tersebut.

image

Web ni kejap ada, kejap hilang.. nasib la kalau dia hilang lagi. Boleh cuba bukak lagi lain kali kalau dia down.. Masa mula-mula bukak tadi down.. Sekarang dah ok pulak… Jom mengundi… :). http://www.undi.in/undian-pbs/

Astro Awani juga ada buat undian tentang PBS ni, tapi macam tak cukup je pilihan yang ada.. Sepatutnya kena tambah “PBS mesti dibatalkan.. Baru best tengok undian dia.. Kalau nak mengundi, sila klik http://www.astroawani.com/news/show/undian-adakah-tindakan-menghentikan-buat-sementara-pbs-wajar-30707

image

Keputusan setakat pukul 5.22 ptg @ 25.2.2014

image

Keputusan undian PBS pada 28 Mac

Ejen bank BSN.. Sungguh mudah

Kalau dulu, nak keluar duit dari BSN punya la susah. Bukan sebab apa.. Sebab ATM dia tak banyak macam bank-bank utama yang lain macam maybank dan cimb.

image

Kini dengan adanya Ejen Bank Berdaftar BSN, pemegang kad ATM sangat mudah untuk mengeluarkan duit. Tak perlu cari ATM atau bank lagi.  Urusan pengeluaran pun mudah.
Step dia,
1. Bagi kat ATM pada juruwang dan bagitau nak keluarkan wang.
2. Berikan IC atau mykad.
3. Scan cap jari (ibu jari kanan)
4. Masukkan password ATM
5. Jika berjaya, setle… Dapat la duit.. 🙂

Kalau nak cari lokasi ejen BSN, klik disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN