Monthly archives for February, 2014

Facebook + whatsApp = konspirasi jahat????

Tengok kat FB ramai orang share pasal benda ni… mmmmmmm… macam-macam la teori konspirasi ni.. betul ke bohong??? sama-sama kita fikirkan… ūüôā

FACEBOOK WHATSAPP

Sila sebarkan mesej ini kepada sanak-saudara dan kawan-kawan, secepat mungkin!

Pada 19 Februari 2014, Facebook telah sah membeli WhatsApp dengan nilai rekod USD 16 Bilion. Kenapa Mark Zuckerberg sanggup membeli satu syarikat kecil yang tidak menjana keuntungan yang nilainya kurang dari satu bilion dengan jumlah yang begitu besar? Apa impaknya kepada kita?
Sedikit ‘latar belakang’ pembelian tersebut:

1. Berbanding Google atau Yahoo yang sumber pendapatan mereka adalah pengiklanan (tidaklah bermakna mereka ini ‘baik’ tetapi sekurang-kurangnya), Facebook mendapat hasil semata-mata dari MENJUAL INFORMASI PERIBADI pengguna kepada pihak ketiga (dan entah siapa lagi?) Rujuk berita Skandal PRISM yang mana Presiden Perancis dan Jerman diintip, dengan menggunakan kaitan dari pengguna biasa yang lain. ‘Penjahat’nya adalah NSA yang dibantu dengan maklumat dari Facebook, Google, Apple dan Microsoft. Langkah pembelian WhatsApp ini tidak lain adalah juga untuk mendapatkan maklumat pengguna.

2. Facebook telah menggunakan pendekatan sedikit demi sedikit untuk cuba ‘mencuri’ nombor peribadi dan kenalan pengguna dengan menggabungkan FB Messenger dengan SMS. Tindakan ini mendapat tentangan hebat rakyat Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Pengguna juga telah memboikot langkah tersebut dengan menyahpasang perisian Messenger. Strategi tersebut telah gagal maka strategi baru diperlukan. Oleh kerana WhatsApp ‘telah pun’ memiliki rekod buku telefon pengguna, cara termudah ialah dengan mengambil secara ‘paksa’ iaitu dengan membeli syarikat pembuat WhatsApp.
READ MORE »

Pendapat ibu-bapa tentang sistem pendidikan hari ini.

Sebagai penjawat awam, kita dilarang untuk membantah atau membuat komen yang negatif tentang sistem pendidikan secara terbuka. Apa pun yang berlaku, kita hanyalah mampu tersenyum walau dalam hati tuhan saja yang tahu. Tapi sebagai ibu-bapa, tiada akta yang menghalang mereka untuk mengkritik sistem pendidikan Malaysia yang semakin hilang arah.. Ini luahan hati seorang bapa di facebook tentang sistem pendidikan hari ini..
image

________________________________________________
Bismillah hirRahmanir Rahim 

Di tengah malam, saya melihat buku sekolah anak saya. Saya suka “menyelongkar” beg anak saya di hujung minggu. Ingin tahu apa yang beliau belajar dalam minggu tersebut.¬†

Ada beberapa perkara yang ingin saya tulis tentang silibus bahasa melayu yang bagi saya sesuatu yang tidak perlu dan tidak penting langsung. 

Sekadar melihat pertemuan hasil teori guru membuat penyelidikan dalam bidang bahasa tetapi ia tidak perlu dalam bahasa melayu. 

Contoh…. diftong, digraf, vocal berganda etc. Untuk apa topik ini?¬†

Jika diteliti, pasti ada topik lain yang juga tidak perlu. Juga dalam matapelajaran lain. 

Maaf, ia seperti “syok sendiri” dengan hasil pertemuan yang didokumenkan lalu dimasukkan dalam silibus sedangkan ia tidak perlu.

Guru… hari ini lebih banyak menghabiskan masa melakukan kerja MEMENUHI KEHENDAK KEMENTERIAN BERBANDING UNTUK MENINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN PELAJAR.¬†

Masa yang ada banyak dihabiskan untuk mengisi data untuk rekod kementerian. Mengejar masa untuk menyiapkan kehendak kementerian untuk laporan mereka.

Menghabiskan masa untuk menjalankan “ASSESSMENT” berbanding MENDIDIK.

Menghabiskan masa untuk menjalankan PENGUKURAN berbanding MENDIDIK.

Kementerian perlu membuat pengukuran yang mudah tetapi signifikan. Pengukuran menjadi mudah dan efektif. 

Apabila setiap hal ingin direkodkan, kita akan tenggelam di dalam data yang tidak perlu atau bertindih. Ruang simpanan (hard disk di server) penuh dengan sampah.

Kita menyusahkan diri sendiri dengan pengukuran yang kita rancang sendiri. Cikgu menjadi paksa rela dengan “syok sendiri” pihak yang merancang proses pengukuran yang tidak efektif.¬†

Akhirnya kita membuang masa membuat sesuatu yang berulang, tidak signifikan serta tidak penting.

Tidak mengeluh. Sekadar melihat ilham yang diturunkan kepada seluruh hambaNya. 

Wallahualam.

Sumber

Buku apakah ini?

Alamak… Perlu ke murid belajar pendidikan seks sampai macam ni sekali? Buku aktiviti pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial tahap 1 ini dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM. Tak pasti pulak buku ni dah keluar ke belum. Tapi nampak macam dah sedia untuk diedarkan…

image

image

image

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN