Monthly archives for March, 2014

DI SEBALIK PERISTIWA FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA & UNDANG-UNDANG AZAB ALLAH 

1.Kamal , 22, Sabreena, 21, Syazana , 23, and Nor Faizza , 27. Saudara Islam kita ini telah mati semasa konsert tersebut. Muda-muda belaka. Apa agaknya music yang didengari mereka sekarang?

2. Ada kawan saya cerita, lagu-lagu yang mereka dengar itu high bass. Techno, trance, remix, etc. Memang boleh masuk dunia lain kalau PA system power. High bass tu boleh rasa sampai ke jantung. Takdir Allah, Malaikat Maut menarik nyawa mereka seiring dengan dentuman muzik yang dahsyat, dan kini mereka memang berada di dunia lain yang lebih real; alam barzakh. Apa-apa pun, mari kita sama-sama doakan agar mereka semua keampunan dan keredhaan Allah SWT.

3. Apa pengajaran untuk kita yang masih hidup? Bagi yang hidup mereka seperti Kamal, Sabreena, Syazana dan Faizza, cubalah tanya pada diri masing-masing, apa agaknya yang sedang dialami mereka sekarang? Artis-artis Malaysia yang dah berhijrah dari kehidupan jahiliyah ini mesti tampil ke hadapan sekarang untuk beri kesedaran. Konsert ini jelas menunjukkan kefasikan dan kezaliman manusia yang bermaharajalelamelayan nafsu.

4. Bagi golongan baik dan soleh, ada satu undang-undang (qanun) Allah SWT yang anda mesti tahu. Khalifah Umar al-Khattab pernah ditanya, “Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia makmur maju?” Beliau menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.” Apabila kefasikan dominan, Malaysia boleh hancur disebabkan azab Allah SWT. Azab Allah SWT tidak hanya terkena pada orang yang bersifat zalim, tetapi juga kena kepada orang baik.

5. “Takutilah olehmu akan fitnah (azab bencana) yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di kalangan kamu dan ketahuilah, bahawa Allah amat keras seksaannya.” (Al-Anfal 8:25)

6. Kemarau, jerebu, gempa bumi, kebakaran, etc. Kalau kita berakal, cuba fikir. Jangan pandang kejadian-kejadian ini sebelah mata. Pandang dengan mata hati. Mereka semua adalah ciptaan Allah SWT. Allah SWT pernah musnahkan umat-umat terdahulu dengan mereka ini. Tidak ada yang menghalang Allah SWT berbuat demikian lagi sekali.

7. “Sesungguhnya Kami telah binasakan beberapa umat sebelum kamu, tatkala mereka berlaku zalim. Dan telah datang beberapa rasul kepada mereka dengan (membawa) keterangan, tetapi mereka tiada hendak beriman. Begitulah kami membalas kaum yang jahat.” (Yunus 10: 13)

8. Maka ambillah pengajaran(iktibar) hai orang-orang yang berakal.” (Al- Hasyr 59: 2)

9. Lusa ini, 19 April 2014, satu lagi konsert “Life in Color” akan dibuat di Sepang International Circuit, KL anjuran Zouk. Budaya gila ini semakin menjadi-jadi. Konsert-konsert ini bukan sekadar muzik, tetapi datang dengan pakej seks dan arak. Tambah lagi dengan virus liberalisme yang menyusup dalam pemikiran masyarakat.

10. Apakah peranan golongan baik dan soleh? Saya sampaikan apa yang Syeikh Ahmad ar-Rasyid nukilkan dalam Muntalaq:Wahai orang-orang budiman dan soleh!Wahai ahli zuhud dan ahli ibadat!Di hadapanmu terbentang bahaya qanun Rabbani yang menggerunkansekiranya kamu terus membisu seribu bahasa.

Janganlah kamu diperdayakan oleh zuhud dan solatmuPerkatakan kebenaran, halanglah kemungkaran yang sedang berlaku,Jika tidak… tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan.Pendek kata: wajib buat kerja dakwah. Selamatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
-Saudara Afiq Syazwan-

Penambahbaikan PBS mulai 1 April

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) masih diteruskan dengan tiga penambahbaikan berkuatkuasa 1 April.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, perkara pertama ialah kementerian itu menetapkan Dokumen Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Katanya, penggunaan DSP sebelum ini menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.

“Dengan panduan baru ini, guru akan mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dubangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.

“Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk panduan baru ini,” katanya pada sidang media khas mengenai penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Bangunan Parlimen di sini, sebentar tadi.

Kedua, katanya, guru tidak lagi perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara atas talian seperti sebelum ini.

Katanya, guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran secara offline.

“Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan Tiga akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

“Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat bagi pelajar Tingkatan Tiga yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah,” katanya.

Sementara itu, guru tidak lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas mengajar golongan berkenaan.

Katanya, perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru,” katanya.

Harapkan pegar, pegar makan padi

Lepas habis Maharaja Lawak Mega, Astro sekarang buat satu program lawak baru iaitu Skool Of Lawak. Best gak layan Skool Of Lawak ni, kena plak pengacara dia gandingan Johan dengan Jep Sepahtu. Malam ni tertengok sesi kelas diorang.. Bagus juga Sabri Yunus ni, beliau membangkitkan tentang kesalahan dalam peribahasa… (Belum disahkan salah oleh DBP)

Yang sempat aku dengar tadi peribahasa “harapkan pagar, pagar makan padi” sebenarnya ialah “harapkan pegar, pegar makan padi”…

Memang dari dulu kita gunakan peribahasa tu sebagai “pagar”… Menurut beliau… Sebenarnya, mana ada orang pasang pagar di sawah padi. Jadi macam mana boleh timbul pagar makan padi?? Menurut DBP, pegar ialah sejenis burung… Jadi memang sesuai pegar boleh digunakan disitu

Ni yang aku dapat dari Kamus Online Dewan Bahasa dan Pustaka

Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN