Monthly archives for April, 2014

Gambar pesawat terhempas di Pengkalan Chepa

image

image

image

image

image

image

image

image

Laporan awal
__________________________________

Assalammualaikum, PGO Negeri melaporkan Bilik Kawalan Pengkalan Chepa lapor jentera keluar untuk khidmat khas kapal terbang terhempas di alamat Tmn Kurnia Jaya, Peng. Chepa pada jam 12:43.

Sekian, terima kasih.
PGO Kelantan
(Yusrie Ahad)

Cara hilangkan iklan yang melampau di facebook

Ramai orang tak tahu, kita boleh hilangkan atau ‘hide’ iklan yang dilihat di facebook. Iklan tersebut memang akan sentiasa muncul di wall kita kerana pengiklan tersebut telah membuat setting supaya iklan tersebut dilihat oleh kita. Contohnya iklan catuaba, minyak lintah, ubat kurus, ubat tahan lama, ubat gemuk, qlimax, dan sebagainya…  Pengiklan tersebut telah membuat setting supaya iklan tersebut hanya dilihat oleh lelaki yang telah berkahwin, lingkungan umur dari berapa ke berapa.. apa yang anda suka baca, taraf pendidikan, status pekerjaan dan banyak lagi.. kalau produk wanita pula, dah tentu pengiklan akan set supaya iklan mereka hanya dilihat oleh wanita.. Jadi kalau anda berasa tidak selesa dengan sesuatu iklan, tak perlu maki hamun di page tersebut… atau buat status

“benci betul la aku ngan orang yang jual catuaba ni.. tiap-tiap hari menyemak kat wall aku…”

Takde gunanya maki hamun atau buat status macam tu.. pengiklan tak terkesan pun.. malah status tu menunjukkan kebodohan anda sendiri.. 🙂

Cara nak hilangkan senang je…

Mula-mula klik seperti dalam gambar ni..

cara hide iklan facebook
Klik pilihan samada : i dont want to see this atau hide all ads from ******

iklan facebook

Kadang-kadang, sesetengah produk tu diiklankan oleh ramai orang, jadi mungkin anda akan nampak iklan yang lebih kurang sama muncul lagi di wall anda.. jadi kalau nak hilangkan juga, lakukan perkara yang sama..

Iklan di sebelah kanan pun sama, anda boleh hilangkan iklan tersebut dari wall anda. Guna cara yang sama. Cuma tempat nak klik tu tak nampak, jadi gerakkan je mouse ke sebelah kanan iklan sampai keluar tanda pangkah camni

2

Klik butang tersebut dan buat pilihan macam tadi..4

Ular Sawa seberat 120kg ditangkap di Umbai

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Melaka menerima panggilan jam 1922.25 dari RC Melaka MERS 999, khidmat khas menangkap ular beralamat Kampung Paya Tanjung Umbai Merlimau.

Jentera serta anggota dan penyelamat Merlimau yang diketuai PBK II Yahya Bin Ahmad bergegas ke lokasi kejadian…

Laporan Komander Operasi Ular sawa seberat 120Kg sepanjang 25 kaki berjaya dijinakan dan diselamatkan

ular sawa umbai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN