Monthly archives for July, 2014

Jadual perjalanan menggunakan highway oleh PLUS

Sejak semalam, penuh newsfeed ngan gambar jem kat highway untuk balik ke kampung. Ada yang dah memandu lebih 12 jam. Harap jangan ada yang memandu sampai 24 jam dah le..

 

Untuk mengurangkan kesesakan, pihak LLM telah mengeluarkan cadangan waktu perjalanan menggunakan highway PLUS bermula 25 Julai hingga 3 Ogos 2014. Nak mengurangkan je ya… bukan mengelakkan jem.. kalu nak elak jem, sila naik helikopter.. ­čÖé

Print

Diskaun dan rebet tol sempena raya 2014

Bermula hari ini, dah ramai orang bergerak pulang ke kampung halaman, nak elak jalan jem katanya… ­čÖé

Bagus juga kalau balik awal ni, biasanya kalau balik last minit jalan memang sesak teruk walaupun kena bayar tol. Sepatutnya dah bayar tol, jalan tak jem la kan??? Boleh ke tak jem?? Hehe

Dianggarkan 1 juta kenderaan akan bergerak ke Kelantan… Pheww… Memey jeng lah jalan Kuala Lipis tu… Kesian mereka kan?? Nasib baik la highway ke Terengganu dah hampir siap. Lega..

Sempena raya 2014, syarikat konsesi telah memberikan diskaun dan rebet bagi pengguna highway pada tarikh-tarikh tertentu.. Bagi je la seminggu je kan??? Untung dah berpuluh juta.. Lagi mau kira ka???

Detail rebet dan diskaun sempena raya 2014

image

Selamat memandu ya…

Laluan LPT Cheneh ke Jabor kini dibuka

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Jajaran projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari persimpangan Jabor sehingga persimpangan Cheneh di Terengganu dibuka kepada awam mulai hari ini bagi memudahkan pengguna pulang berhari raya.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dalam kenyataannya di sini Isnin berkata pembukaan laluan sepanjang 26 kilometer itu juga diharap dapat mengurangkan kesesakan trafik menuju ke pantai timur.

“Kerajaan komited dalam menyegerakan penyiapan beberapa jajaran yang masih dalam pembinaan iaitu dari persimpangan Cheneh ke persimpangan Chukai dan dari persimpangan Kerteh ke persimpangan Paka.

“Kerajaan yakin bahawa jajaran ini dapat dibuka secara berperingkat sebelum penghujung September ini,” katanya.

Katanya LPT2 sepanjang 184km merupakan satu daripada projek infrastruktur berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat dan negara ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.

LPT2 mula dibuka kepada orang ramai pada 22 Ogos 2011, dan sehingga 25 Jan 2014, kerajaan telahpun membuka sebahagian jajaran sejauh 104km dari persimpangan Kuala Terengganu ke persimpangan Paka.

— BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN