Monthly archives for October, 2014

Senarai perkhidmatan internet di Malaysia

Pembekal Perkhidmatan Internet merujuk kepada organisasi yang membekalkan pengguna dengan capaian Internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya, kebanyakan PKI merupakan syarikat telefon. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai duit dan kepakaran boleh melakukannya. Selain khidmat capaian Internet melalui capaian dailan dan DSL, PKI juga boleh menawarkan perkhidmatan lain seperti transit Internet, pendaftaran nama domain dan hos web serta kolokasi

(wikipedia)

 

streamyx

TMNet

Adalah anak syarikat TM yang menawarkan perkhidmatan Internet yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. Perhubungan jalur lebar disalurkan melalui DSL di bawah jenama TMNet Streamyx.

 

 

jaring

JARING CommunicationJARING Communications atau JARING adalah agen yang mengenalkan internet kepada masyarakat Malaysia pada tahun 1992. JARING menjadi entiti komersil selepas satelit antarabangsa yang disewanya pada kelajuan 64kps mula dipasang yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Stockton di Amerika Syarikat. Bermula dari hanya 28 orang pelanggan, ia sudah berkembang menjadi 0.8 juta pada tahun 2005 kepada lebih dari satu juta pelanggan pada akhir tahun 2007.

Pada Jun 1997, JARING menjadi penyedia perkhidmatan Internet pertama di Asia Tenggara yang memasang talian T3 (45Mbps) yang memberi pelanggan JARING capaian internet yang laju. Melaluinya juga, pelanggan boleh mencapai Internet secara langsung termasuk ke BITNET dan NSFNet.
Pada tahun 1999, Jaring menjadi tulang belakang infrastruktur internet yang boleh mencapai kelajuan transmisi 2.5 Gigabit sesaat melalui SuperJARING, dan menjadikannya yang terpantas dan terpanjang (841km) sebagai perkhidmatan “IP-over-fibre” di dunia pada masa itu. SuperJARING mampu memberi perkhidmatan untuk perkhidmatan yang menggunakan jalur lebar dengan intensif seperti telefoni Internet, pembelajaran jarak jauh dan teleperubatan.
JARING Communications Sdn Bhd kemudiannya ditubuhkan sebagai syarikat di bawah MIMOS Berhad pada 1 April 2005.
Pada bulan Disember 2006, Kementerian Kewangan Malaysia secara rasmi mengambil alih JARING dari MIMOS Berhad.
Antara perkhidmatan Internet yang ditawarkan ialah:
1) JARING Dial Up
2) Broadband Flite
3) Broadband Flite Enterprise
4) Dedicated Access
maxis_logo
Maxis
Maxis telah menawarkan Maxis Broadband dimana terdiri 3 produk iaitu:
1) Wireless Broadband
2) Wired Broadband
3) Voice2Go
wimax
Packet One Networks
ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, jalur lebar dan WiMAX di Malaysia yang diasaskan pada tahun 2002 sebagai anak syarikat Green Packet Berhad. Pada bulan Mac 2007, P1 merupakan salah satu dari empat buah syarikat yang dikurniakan lesen spektrum 2.3GHz oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan WiMAX di seluruh negara. Pada bulan 2008, P1 mencatat sejarah selaku syarikat pertama yang melancarkan khidmat WiMAX komersil di Malaysia. Ia merupakan syarikat yang pertama dalam pembangunan skala besar teknologi komunikasi WiMAX di Asia Tenggara dan juga syarikat komersil pertama dalam mengusahakan jaringan antara 802.16e 2.3GHz WiMAX di luar Korea Selatan. Syarikat ini berjaya memenangi anugerah ‘Syarikat Teknologi Swasta Paling Inovatif’ oleh Red Herring Asia pada tahun 2008.
P1W1MAX
Khidmat WiMAX P1 merupakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih tetap yang menggunakan spektrum WiMAX 2.3 GHz WiMAX dan piawaian 802.16e, yang juga dikenali sebagai Mobile WiMAX yang membolehkan capaian jalur lebar tanpa dawai sehingga 30 batu (50 km) dari stesen utama.

Apa itu internet

[Post 1- projek latihan PLuG TMK Tahun 5] Internet

Maksud internet

Menurut wikipediaSecara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf ‘I’ besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.

 

Sejarah internet

Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching). Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini. Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN