Monthly archives for February, 2015

Apa yang perlu anda tahu sekiranya kereta anda akan ditarik

image

Sekiranya anda tidak mampu meneruskan membayar finance kenderaan anda, jangan sesekali anda:-

  • Serahkan kpd pihak ke3 (samb bayar) @ skim sewa
  • Sembunyikan dari pihak bank elak ditarik
  • Jual spare part atau sebagainya.

Ini kerana anda akan diblacklisted, ccris dan dikenakan pelbagai denda & caj upah tarik kereta, upah simpan stor dll.

Oleh itu, anda disarankan pergi ke bank terbabit dan serahkan kunci kereta anda.

Bank akan simpan kenderaan anda dan memberi tempoh 21 hari daripada tarikh anda serah kepada bank untuk dituntut semula. sekiranya anda tidak menebus balik dlm masa 21 hari darippada tarikh serah, bank berhak melelong kenderaan anda, hasil lelong tadi akan ditolak baki hutang dengan bank dan bakinya adalah milik anda.

Bank tidak boleh menarik kenderaan anda sekiranya

1-Finance dah melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah

2-Kenderaan anda berada dikawasan kediaman berpagar

3-Pada hari cuti umum

4-Selepas jam 9 malam

 

-Ajen penarik kereta mestilah mempunyai kad autoriti (EPS) Ejen perolehan semula drp KPDNKK

-Sekiranya si penarik kereta datang lebih daripada seorang,semua drp mereka mestilah mempunyai kad EPS. Sekiranya salah seorang daripada mereka gagal menunjukan kad tersebut. anda berhak membuat laporan polis kerana membawa gangster dan lain-lain.

Sekiranya berlaku juga yang diatas. anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi akta pengguna.

#Jadilah pengguna bijak..sharing is caring

Bina sendiri website atau blog wordpress dengan panduan lengkap ini

panduan wordpressAda orang kata, nak buat website atau blog wordpress ni susah… memang susah kalau tak tahu caranya… kalau dah tahu, kacang je sebenarnya… klik klik klik… siap.. tak percaya??? Tak percaya sudah… ­čÖé

Banyak juga tutorial percuma yang ada di internet ni tentang cara bagaimana nak setup blog atau website wordpress..  Tapi, banyak benda yang teknikal tidak diberitahu dengan jelas dan teratur.. Salah setting, jenuh pulak nak  kena betulkan balik.. buang masa dan tenaga..

Kalau nak upah orang pun boleh.. tapi sampai bila nak upah orang buat padahal sebenarnya cara nak buat blog atau website wordpress ni senang yang amat. Kalau belajar buat sendiri kan senang.. nak buat berapa blog pun boleh.. silap-silap haribulan boleh ambik upah buat blog atau website pulak lepas tu..

Kenapa blog atau website wordpress??? Bukan blogspot dan lain-lain..

  • Tahukah anda, kebanyakan blog atau website popular adalah berasaskan wordpress.. contohnya thevocket.com , ohtidak.com , beautifulnara.com , paultan.org dan banyak lagi termasuk web-web kerajaan pun menggunakan wordpress..
  • Mudah digunakan, tak perlu ada kemahiran teknikal seperti coding HTML, PHP, CSS dan sebagainya yang rumit dan memeningkan kepala.
  • Mesra SEO, mudah diindeks ┬ádan naik ke ranking┬áoleh Google dalam masa singkat. Kadang-kadang, post yang baru je update, terus google indeks di page pertama google.. kan senang nak dapat trafik tu.. trafik ke blog saya ni pun hampir 99% datang dari google..
  • Ada beribu-ribu themes dan plugins untuk WordPress tak kira sama ada yang percuma atau berbayar untuk kemudahan dan kegunaan anda.
  • WordPress adalah 100% PERCUMA, hanya perlukan kos untuk Domain & Hosting.
  • Mesra Mobile. Website/blog anda boleh dibuka melalui tablet dan smartphone anda dan paparannya masih cantik serta mudah untuk dilayari dan dibaca.

Nak belajar buat blog atau website wordpress??? Ada 2 cara… Yang pertama.. teruskan menggoogle dan selamat melakukan try and error. Atau cara kedua dengan membeli panduan lengkap cara bagaimana menyiapkan web atau blog wordpress dengan mudah dan cepat.. Nak tahu lebih lanjut??

KLIK DISINI UNTUK INFO

 

Apa itu i-Think

Apakah Program i-THINK

Program i-THINK adalah program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.

 

Siapakah yang bertanggungjawab?

Agensi Inovasi malaysia (AIM) yang pergerusikan oleh YAB Perdana Meneri dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara. Agensi Inovasi Negara bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan inpian tersebut.

 

Bagaimanakah i-THINK dilaksanakan?

  1. Kursus i-Think kepada Pasukan Pemandu Sekolah & Guru.
  2. Pelaksanaan Rintis Program i-THINK.
  3. Pelaksanaan penuh Program i-THINK di semua sekolah rendah dan sekolah menengah secara berperingkat.

 

Kenapa Program i-THINK?

Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan kemahiran berfikit aras tinggi (Higher Order Thinking Skills) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.

 

Bila dan Siapakah Yang Terlibat?

Tarikh: ┬áCadangan Januari – Mac 2012

Sekolah : BIlangan sekolah

  • 10 buah
  • 6 sekolah rendah dan 4 sekolah menengah di bandar dan luar bandar.

Murid: Semua murid sekolah terlibat kecuali tingkatan 5.

Guru: Semua guru sekolah rintis terlibat.

 

Siapakah yang akan melatih Pasukan Pemandu Sekolah dan Guru Sekolah?

Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengedalikan kursus bagi program i-THINK.

Perunding telah melaksanakan kajian keperluan di Malaysia dan Penyelaras Program telah didedahkan dengan program tersebut melalui lawatan kerja ke 9 buah ‘thinking schools’ di United Kingdom pada 10-14 Oktober 2011

 

Apakah alat berfikir yang akan diperkenalkan?

  • Thinking Maps.
  • Habits of mind.
  • Thinking Hats.
  • Q-Matrix Charts.

Apakah Yang diharapkan dari Program i-THINK?

  • Dengan menggunakan Alat Berfikir (thinking tools); murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
  • Aktiviti banyak berpusatkan murid.
  • Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN