Monthly archives for March, 2015

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

sbt

SENARAI SEKOLAH SBT

KOHORT 1

BIL KATEGORI  SEKOLAH
 1  SBP  The Malay College, Perak
 2  SBP  Sekolah Seri Puteri, Selangor
 3  SBP  Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
 4  SBP  Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
 5  SBP  Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor
 6  SBP  Sekolah Dato’ Abdul Razak, Negeri Sembilan
 7  SBP  Sekolah Tun Fatimah, Johor
 8  SBP  SM Sultan Abdul Halim, Kedah
 9  SBP  SMS Tuanku Syed Putra, Perlis
 10  SBP  SMS Muzaffar Syah, Melaka
 11  SMH  SMK (P) St. George, Pulau Pinang
 12  SMH  SMK (P) Sri Aman, Selangor
 13  SMH  SMK Sultanah Asma, Kedah
 14  SMH  SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
 15  SK  SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
 16  SK  SK Zainab (2), Kelantan
 17  SK  SK Bandar Baru Uda 2, Johor
 18  SK  SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur
 19  SK  SK Convent Kota. Perak
 20  SK  SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur

 

KOHORT 2

BIL KATEGORI  SEKOLAH
 1  SBP SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
 2  SBP Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (S.T.A.R, Ipoh)
 3  SBP SBP Integrasi Gombak, Selangor
 4  SBP SM Sains Miri, Sabah
 5  SBP SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
 6  SBP SBP Integrasi Kubang Pasu, Kedah
 7  SBP SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra, Kelantan
 8  SBP SM Sains Selangor, Kuala Lumpur
 9  SBP SM Sains Muar, Johor
 10  SBP SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pahang
 11  SBP SM Sains Tengku Abdullah, Pahang
 12  SBP SM Sains Tuanku Munawir, Negeri Sembilan
 13  SBP SM Sains Sabah, Sabah
 14  SBP SM Sains Kuching
 15  SBP SMA Persekutuan Labu, Negeri Sembilan
 16  SBP SM Sains Kuala Selangor, Selangor
 17  SMH SMK Jalan Empat, Selangor
 18  SMH SM Imtiaz, Terengganu
 19  SMH SMK Lembah Bidong, Terengganu
 20 SMA SMA Naim Lilbanat, Kelantan
21 SK SJK (C) Perempuan China, Pulau Pinang
22  SK  SK Convent Muar, Johor
23  SK  SK Seri Biram, Pahang
24  SK  SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
25  SK  SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
26  SK  SJK (C) Lick Hung,Selangor
27  SK  SK (P) Methodist Kuantan, Pahang
28  SK  SK Ulu Lubai, Sarawak
29  SK  SK Sultan Ismail, Terengganu
30  SK  SK Jalan 3, Selangor
31  SK  SK Seksyen 9 Shah Alam, Selangor
32  SK  SJK (C) Tung Hua Sibu, Sarawak

 

KOHORT 3

 

BIL KATEGORI  SEKOLAH
 1  SBP SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Kedah
 2  SBP SM Sains Tuanku Jaafar, Seremban
 3  SBP SM Sains Kota Tinggi, Johor
 4  SBP SM Sains Johor
 5  SK SK(P) Sultan Ibrahim, Johor
 6  SK SK Infent Jesus Convent, Johor
 7  SK SK Ibrahim, Kedah
 8  SK SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu
 9  SK SK Tengku Mahmud, Terengganu
 10  SK SK Assunta Convent (M), Pahang
 11  SK SK Minden Height, Pulau Pinang
 12  SK SJK(C) Kwang Hwa, Pulau Pinang
 13  SK SJK(C) Keat Hwa H, Kedah
 14  SK SJK(C) Foon Yew 2, Johor
 15  SBP SM Sains Sultan Mahmud, Terengganu
 16  SBP SM Sains Kepala Batas, Pulau Pinang
 17  SBP SM Sains Pokok Sena, Kedah
 18  SBP SM Sains Sultan Ahmad Shah, Pahang
 19  SBP SMS Hulu Selangor, Selangor
 20  SBP SM Sains Labuan, W. Persekutuan Labuan
21  SBP SBPI Baru Rakit, Terengganu
22  SBP SBPI Selandar, Melaka
23  SBP SBPI Kuantan, Pahang
24  SM Kolej Sains Islam Pendidikan, Terengganu
25  SM SMK Sultan Ismail, Johor
26  SM SMK Infant Jesus Convent, Johor
27  SK SK Tengku Ampuan Intan, Terengganu
28  SK SK Zainab 1, Kelantan
29  SK SK Bertam Indah, Pulau Pinang
30  SK SK Sultanah Asma, Kedah
31  SK SK Convent Infant Jesus (2),  Melaka
32  SK SK Bandar Penawar (2), Johor
33  SK  SK Sri Gaya, Sabah
34  SK SK (P) Methodist 2, Melaka
35  SK SK Bandar Maharani, Johor
36  SK SK Seri Indera, Perlis
37  SK SJKC Ave Maria Convent, Perak
38  SK SJKC Yok Bin, Melaka
39  SK SJKC Union, Pulau Pinang

 

KOHORT 4

BIL KATEGORI  SEKOLAH
 1  SBP SM Sains Kubang Pasu, Kelantan
 2  SBP SM Sains Machang, Kelantan
 3  SBP SBP Integrasi Jempol, Negeri Sembilan
 4  SBP SBP Integrasi Gopeng, Perak
 5  SBP SBP Integrasi Rawang, Selangor
 6  SBP SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Perak
 7  SBP SMA Persekutuan Kajang, Selangor
 8 SM SMKA Sharifah Rodziah, Melaka
 9 SM SMK Dato’ Penggawa Barat, Johor
 10 SM SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang
 11  SK SK Tengku Mariam, Johor
 12  SK SK Convent of the Infant Jesus 1 (M), Melaka
 13  SK SK Convent,  Pahang
 14  SK SK Sultan Idris II, Perak
 15  SK SK Marian Convent, Perak
 16  SK SK Convent Green Lane, Pulau Pinang
 17  SK SK Taman Megah, Selangor
 18  SK SK Bukit Jelutong, Selangor
 19  SK SK Sri Petaling, Selangor
 20  SK SK Convent Bukit Nanas (1) , Kuala Lumpur
21  SK SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya
22  SK SJK (C) Han Chiang, Pulau Pinang
23  SK SJK (C) Kuen Cheng 2, Kuala Lumpur
24 SK SJKT Ladang Rem, Johor

 

KOHORT 5

BIL KATEGORI  SEKOLAH
 1 SK Sekolah Kebangsaan (SK) Air Merah, Kedah
 2 SK SK Seri Wakaf Baharu, Kelantan
 3 SK SK Kubang Kerian 3, Kelantan
 4 SM Sekolah Menengah (SM) Sains Rembau, Negeri Sembilan
 5 SK Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ringlet, Pahang
 6 SK SK St. Thomas, Pahang
 7 SM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Pahang
 8 SM SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang
 9 SBP SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Pulau Pinang
 10 SK SK Lingga Baru, Sabah
 11 SK SK Saujana Impian, Selangor
 12 SK SK Kampong Raja, Terengganu
 13 SK SK Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya.

READ MORE »

Kurikulum baharu di sekolah mulai 2016

kssmKEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah – Semakan Semula (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara.

Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.

Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata.

Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.

Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran.

 

Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.

 

“Kementerian sedar masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek kurikulum baru ini, untuk itu gelombang pertama transformasi pendidikan akan memberi tumpuan kepada inisiatif jangka pendek.

 

“Ia bagi memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang diajar dan kurikulum pentaksiran dapat ditambah baik selain meletakkan asas kepada perubahan fundamental sebelum gelombang kedua dan ketiga dilaksana dan dikaji semula untuk melihat tahap pencapaian,” jelas laporan itu

Cara menyemak markah menggunakan SAPS untuk ibu-bapa

Ibu-bapa kini boleh menyemak markah peperiksaan anak-anak secara online menggunakan SAPS iaitu Sistem Analisis Peperiksaan sekolah. Ibu-bapa hanya perlu memasukkan nombor myKid anak untuk membuat semakan.

Cara untuk menyemak markah menggunakan SAPS adalah seperti berikut:

1. Klik web SAPS >>>> http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php dan paparan seperi berikut akan muncul

semak saps

2. Masukkan nombor kad pengenalan (myKid) atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).

3. Pilih samada SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH dan pilih TAHUN.

4. Klik SEMAK laporan dan paparan berikut akan muncul.

saps ceritawan

5. Pilih KEPUTUSAN PEPERIKSAAN, samada UJIAN 1, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, UPSR, PT3, SPM atau sebagainya.

6. Kemudian klik di ANALISIS MARKAH; samada ‘papar slip keputusan’ atau ‘papar markah peperiksaan.

Ibu-bapa juga boleh menyemak dan mencetak markah-markah anak masing-masing pada tahun-tahun yang lepas menggunakan sistem SAPS ini.

Sistem ini bukan sahaja memudahkan guru, malah ibu-bapa dan murid juga dapat menyemak dan mencetak markah terkini dan lepas dengan mudah dimana-mana sahaja.

Ibu-bapa hanya boleh menyemak markah terkini murid setelah guru memasukkan markah peperiksaan terbaru murid dan setelah tarikh akhir pengisian markah dilepasi.

untuk tahun 2015, hanya markah tahun 6 sekolah rendah dan tingkatan 4 5 bagi sekolah rendah adalah wajib diisi di dalam sistem SAPS ini. Bagi darjah 4 & 5 dan tingkatan 1, 2 dan 3 pengisian markah adalah TIDAK WAJIB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN