Monthly archives for June, 2015

Mungkin ini sebabnya MAS lingkup

pesawat MAS hibicusPendedahan seorang penumpang MAS tentang pengedaran BEER percuma di dalam pesawat MAS ni sungguh mendukacitakan. Dari dulu lagi dah ramai orang menimbulkan isu ini. Tapi kerajaan terus memekakkan telinga seolah tiada apa-apa yang berlaku.

Apa guna untung juta-juta kalau tak dapat keredhaan Allah???

Dan tak heran kalau tak pernah untung sebab perkara ini memang mengundang murka Allah.

Perkongsian saudara Kamaruzaman Jaafar di facebook tentang situasi di dalam pesawat MAS.

Flight Malaysia Airlines MH 1, 21 Jun 2015 10.00 mlm dari Heathrow London ke KLIA. Selepas 3 jam berlepas dari London, seorang paramugari MAS mula menjaja Beer percuma….beer, beer, beer!
Aku heran bila nak berlepas ada paparan doa perjalanan mintak restu dari Allah, selamatkan perjalanan. Bila dah berlepas MAS jaja pulak air setan tu. Seolah-olah mempersendakan Allah..aku tak heran kalau yg minum tu bukan Islam…lantaklah mereka nak minum banyak mana tapi yg aku meluat, ada sekumpulan belia Melayu dibaris 49…memang Melayu …cakap Melayu, minta beer, aku kira umurnya sekitar 16 atau 17 tahun, paramugari bukan Melayu tu tanya…betul ke awak ni lebih 18 tahun, budak tu jawab ya….makan dihulurkannya satu tin beer…dengan bangganya budak setan ni meneguknya…waktu tu dah lps waktu subuh…memang harus x puasa orang musafir tapi janganlah minum air setan ni dpn penumpang lain yg ramai Islam. Selepas itu dibaris 50….ada 3 perempuan..Melayu semua, dua x bertudung, sorang bertudung, umur rasanya sekitar 21, seorang dpdnya turut minta beer, tshirt tertera nama universiti di UK…biasa aja dia meneguk benda tu.
Aku hairan kalau undang2 negara kita jelas melarang penjualan arak/ minum arak kpd orang Islam, mengapa MAS dihalalkan berbuat demikian, takkan dia x tahu penumpang tu Islam. Senarai nama ada ditangannya.
Padanlah Allah dah bagi balak kpd MAS, tahun lalu. Beberapa ahli parlimen minta amalan bagi beer percuma ni dihentikan…tetapi MAS buat pekak…
Renungkanlah…kita sokong syarikat penerbangan kita, kita bangga walaupun ruginya berbillion….tetapi kalaulah ia terus sombong tunggulah masanya balasan Allah…..

Lihat panorama sekitar Kaabah dengan dekat

depan kaabahSubhanallah.. Dengan teknologi yang ada, gambar-gambar di sekitar Kaabah ini membuatkan kita terasa macam betul-betul berapa di Kaabah. Terima kasih kepada siapa yang membuat gambar-gambar ni. Semoga kita semua akan sampai di sana suatu hari nanti.. Amin..

  1. http://t.co/2nR7badBOR (depan Kaabah)
  2. http://t.co/O9YCtLVLOI
  3. http://t.co/v9xlileXg3 (Hijir Ismail)
  4. http://t.co/oXrRxuqJXP
  5. http://goo.gl/j2BSF0 (atas Kaabah)

Sila bukak link di atas satu-persatu. Jika anda menggunakan smartphone gerak-gerakkan telefon anda untuk melihat keadaan sekeliling. Kalau guna laptop atau PC, sila gunakan mouse untuk lihat sekeliling.

Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia

matrikulasi kpm

Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia

Latar Belakang Penjenamaan Semula Pusat Tingkatan Enam
Program ini merupakan satu inisiatif KPM untuk memantapkan pendidikan Tingkatan Enam dengan meningkatkan imej, sistem dan kualiti pendidikan ini setanding dengan pendidikan prauniversiti yang lain seperti di kolej-kolej matrikulasi dan pusat asasi sains.

Salah satu hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan adalah mewujudkan laluan pendidikan yang pelbagai bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Justeru, dalam Gelombang 1, KPM berhasrat untuk mengukuhkan laluan pendidikan termasuklah pelan tindakan menjenamakan semula Tingkatan Enam.

Dengan Penjenamaan ini, sekolah yang menawarkan pelajaran tingkatan enam akan diberi kuasa untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif agar dapat mengupayakan pelajar sebelum memasuki universiti.

Sesungguhnya, penyediaan infrastruktur pendidikan yang lengkap merupakan perkara asas yang perlu disediakan bagi memastikan setiap murid Tingkatan Enam berpeluang belajar dalam keadaan selesa dan kondusif

Selain itu, murid Tingkatan Enam juga perlu mendapat peluang yang sama dengan pelajar program persediaan prauniversiti yang lain untuk mengembang bakat dan kreativiti mereka untuk menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan universal serta akhirnya membawa kesejahteraan kepada negara.

Sehubungan dengan itu, inisiatif Kementerian mewujudkan Pusat Tingkatan Enam adalah amat wajar dan bertepatan dengan usaha menjenamakan semula pendidikan ini.

Murid tingkatan enam ini akan dikumpulkan dan ditempatkan secara berpusat, menggunakan pakaian yang berbeza dengan pakaian sekolah harian biasa, menggunakan jadual waktu yang berbeza, tenaga pengajar khusus dan diletakkan dalam kategori yang berlainan berbanding dengan sekolah arus perdana.

Persekitaran pembelajaran Tingkatan Enam yang lebih kondusif, menarik dan berkesan akan dapat membantu murid untuk menyiapkan diri bagi memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di universiti.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa peperiksaan STPM diiktiraf oleh Cambridge Assessment, United Kingdom. Ini bermakna, STPM diiktiraf oleh badan antarabangsa dan murid Tingkatan Enam adalah setaraf dengan lulusan pendidikan prauniversiti yang lain.

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam

READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN