Monthly archives for July, 2015

Apa itu fn+fk

wpid-papanhitam-cikgu.jpgDah lama tak mengajar subjek bahasa melayu, hari ni kerja rumah Adam kena cari ayat yang ada fn+fk. Dah lupa apa itu fn dan fk. Jawapannya kita google… ­čÖé

fn ialah Frasa Nama yang boleh terdiri daripada satu atau lebih perkataan. Contohnya; ayah, ali, murid, guru, kedai, pejabat, bangunan, pemain golf, peguam bela, imam besar.

fk ialah Frasa Kerja yang juga boleh terdiri daripada satu atau lebih perkataan. Contohnya; makan, minum, belajar, menjaga, bertolak ansur, bertanggung-jawab.

Contoh ayat yang mempunyai frasa fn+fk pula;

  1. Pegawai polis menjaga keamanan negara.
  2. Kumpulan koir menyanyikan lagu-lagu patriotik.
  3. Anas memakai baju tebal.
  4. Pokok teh ditanam di lereng-lereng bukit.
  5. Pelajar itu bertolak pulang ke Ipoh.

Sekian pelajaran ringkas tatabahasa tahun 1 kita hari ini.. ­čÖé

Simpan emas untuk masa depan

harimau mint goldApabila berlaku kejatuhan matawang atau ekonomi, kebarangkalian besar urusan harian utk berjual beli, kepercayaan kepada wang kertas akan hilang.

Masyarakat akan cenderung untuk menggunakan emas dan perak. Sebagai contoh ;
Contoh 1
1. Zimbabwe. Nak beli roti pon memerlukan 0.1gram
Contoh 2
1. Pelarian perang Vietnam lari dari Vietnam dengan membawa emas. Bukan bawa wang kertas Vietnam
Contoh 3
1. Perang di iraq. Matawang Iraq jatuh teruk. Adakah matawang iraq laku seluruh dunia?
Contoh 4
1. Masih ingatkah anda matawang Jepun yang digunakan di Tanah Melayu dulu? Lebih dikenali dengan wang pisang. Apa yang berlaku kepada mereka yang simpan beribu ribu keping kertas tersebut?

Banyak lagi sejarah matawang kertas yang tidak laku.
Maka itulah maksud sebenar ‘PROTECTION’

Oleh itu, jom simpan Emas sekarang. Beli dengan harga runcit atau jadi ahli kami untuk lebih jimat.
Gold Coin atau syiling emas keluaran Harimau Mint Gold bukan sahaja boleh dijadikan simpanan, malah boleh dijadikan hadiah atau pun cenderahati. Emas adalah sesuatu yang berharga, bukannya seperti pakaian, kenderaan, dan pelbagai hadiah lain yang akan sentiasa susut nilainya dari masa ke semasa. Malah, emas semakin lama semakin tidak bernilai.

Sedikit info tentang syling Emas Harimau Mint Gold:

  • Satu-satunya SYILING EMAS 999.9 ┬ádengan berat 1 gram dan 0.5 gram beridentitikan MALAYSIA.
  • Kualiti pembuatan dan juga hasil seni yang halus
  • Rekaan yang EKSKLUSIF dan bertaraf DUNIA
  • Setiap edisi rekaan Syiling Emas Harimau Mint Gold di PATERN kan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIpo)
  • Mempunyai sijil pengesahan ketulinan emas oleh ASSAYER En Syukor.
  • Setiap EDISI adalah TERHAD. Edisi Pertama hanya dikeluarkan sebanyak 3000 keping sahaja di dunia. Manakala Edisi Raya 1436H hanya dikeluarkan sebanyak 500 keping sahaja.
  • Edisi Kedua yang baru dilancarkan pada 21 July 2015 hanya dikeluarkan 4000 pasang sahaja
  • Boleh digunakan untuk tujuan MOMORABILIA
  • Boleh digunakan untuk tujuan KOLEKSI

Untuk lebih info tentang Harimau Mint Gold, sila KLIK SINI

-Wan Din
HM01130
012.2074114
Exclusive | Premium | Collectable | Investment | Saving | Protection | Limited

LRT kini terus ke Putra Height

Hari ini, RapidKL telah menguji tren baru untuk laluan Ampang Line dan Sri Petaling Line. Laluan tersebut merupakan sambungan dari Stesen Sri Petaling dan berakhir di Stesen Putra Height sejauh 17KM.

Terdapat 11 Stesen sepanjang sambungan ini iaitu Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera, Kinrara BK5, IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Bandar Puteri, Puchong Perdana,Puchong Prima dan hentian terakhir bagi laluan ini ialah Putra Height dimana pengguna lrt boleh membuat pertukaran dengan tren dari Kelana Jaya Line.

lrt putera heightlrt putera height 2lrt putera height 3

SUMBER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN