Monthly archives for August, 2015

Tiada Sekolah Ganti Sempena Cuti Banjir

matrikulasi kpm

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

HARI GANTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

 

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan penangguhan sesi awal persekolahan bagi tahun 2015 akibat bencana banjir yang melanda negara menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2014; Penangguhan Tarikh Mula Sesi Persekolahan Tahun 2015;bertarikh 29 Disember 2014. Penangguhan ini dibuat setelah mengambilkira;

a.            Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b.            keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

KPM ingin menegaskan bahawa tarikh bagi hari-hari penangguhan persekolahan akibat banjir seperti terkandung dalam surat siaran tersebut adalah tidak perlu diganti kerana bukan dianggap sebagai cuti. Tempoh tersebut bermaksud tempoh pemulihan kepada semua pihak akibat bencana banjir dan dianggap sebagai hari bekerja. Pihak KPM berharap dengan penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul  dalam kalangan pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa.

 

Terima kasih.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

6 Ogos 2015

 

SUMBER : http://moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4894

Apa itu Designext

Team Funemo yang diketuai oleh Wazeen Azizan telah melancarkan software khas untuk peniaga internet menyiapkan laman web jualan dengan mudah dan cepat. Seseorang yang langsung tidak tahu tentang coding, html, grafik, design, programming dan sebagainya pun boleh menyiapkan satu laman web jualan hanya dalam masa 3 minit.
Dengan menggunakan Designext, anda dapat menjimatkan masa, tenaga dan yang paling penting adalah duit anda.. Satu laman web jualan biasanya mengambil masa berhari-hari untuk disiapkan malah boleh mengambil masa hingga berminggu-minggu untuk disiapkan.

Kos untuk mengupah programmer, designer, domain dan hosting, grafik pula boleh mencecah beribu-ribu ringgit.

Perlu diingatkan, web jualan ini adalah tidak sama seperti website e-commerce yang boleh memuatkan banyak produk. Web jualan atau pun sales page kebiasannya hanya menjual satu produk sahaja.

Apa itu web jualan? 

Contoh paling senang adalah web designext ini. Web jualan adalah penting jika anda betul-betul ingin menjalankan perniagaan di internet. Anda boleh memasukkan bermacam-macam maklumat tentang produk anda di web jualan.

Penggunaan web jualan adalah sesuai untuk semua niche usahawan internet samada produk digital ataupun fizikal.

Apa yang anda akan dapat dengan designext?

  1. Fitur ‘drag and drop’. Fungsi ini membolehkan anda mencipta laman web jualan tanpa had. Anda bebas untuk memasukkan gambar, text, maklumat pembayaran, warna pilihan dan macam-macam lagi dengan hanya beberapa klik.
  2. Koleksi gambar untuk marketing. Lebih 100 gambar telah dimasukkan untuk memudahkan anda design web anda nanti.
  3. Design dan bina tanpa had. Dengan membeli perisian designext ini, anda boleh mereka cipta sebanyak mana web jualan yang anda mahu. Tiada had..
  4. Tutorial. Untuk memudahkan anda membina laman web dengan cepat, tutorial lengkap diberikan.
  5. Tak perlu domain dan hosting. Anda tidak perlu membeli domain dan hosting untuk web jualan anda nanti. Link khas akan diberikan untuk memudahkan anda kongsikan web tersebut di facebook, instagram, twitter dan sebagainya. Tetapi jika anda ingin membeli domain dan hosting khas untuk web jualan tersebut tak menjadi masalah. Hanya copy dan pastekan code html yang disiapkan nanti.
  6. Cloud. Untuk menggunakan designext, anda tidak perlu download atau install apa-apa file untuk menggunakan designest ini kerana ia boleh diakses  secara atas talian. Anda hanya perlu login ke akaun anda dan terus membina web jualan dengan mudah dan cepat.
  7. Mesra mobile. Web jualan yang dibina menggunakan designext adalah mesra mobile. Ia akan fit kepada screen yang digunakan samada phone, tab, ipad, laptop dan sebagainya.

Banyak lagi bonus-bonus sampingan yang anda akan dapat apabila anda melanggan perisian Designext ini. Untuk lebih info dan proses pembelian, sila klik DISINI

Video demo designext

Tips menjadi kaya dalam masa 3 hari

Benda yang baik, elok kita kongsikan dengan rakan-rakan.

Bukannya siang malam duk selfie, hasilnya kat timeline bersepah gambar-gambar mengalahkan artis. Dapat apa? Pujian manusia? Hasilnya? Kalau dapat derma RM2.6bilion ok gak.. 🙂

Tips ini dikongsi oleh Puan Felinna Nadea ed Fattah (official) di FB beliau. Bagus untuk diamalkan dan InsyaAllah jika amalkan dengan bersungguh-sungguh anda akan dapat merasai kesannya.

Tips kaya dalam 3 hariKAMI CABAR Anda!
TIPS Jadi kaya dalam masa 3hari :

Kakfel nak share ilmu pagi ini agar boleh menyedut banyak kebaikan dan aura positive.

Awak ada masalah kewangan? Keluarga?kawan2? Hidup tak tenteram, tak tenang. Nak cari jalan keluar?

Ok kakfel nak buat pertandingan mudah. Siapa buat tips ni dan selepas 3 hari dah dapat kesan inbox kakfel utk tuntut hadiah. Ada satu grand prize bagi siapa yg paling best story dia!

Share dengan kawan2 tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)

Lakukan ini TODAY!
1)Bangun pagi ni , usap muka cakap thanks Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.

2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)

3)Harini ni tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org lain, takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut ulang2( boleh jadi sebak tau)

3)Pergi lunch japgi ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan.

4)Solat zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh2. Lepastu cakap thanks berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.

5)harini tekad , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen

6)telepon mak and abah, bersembang dan tanya khabar walau 5minit.

7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungki aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.

Ulang selama 3 hari berturut turut.
InshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya! Siapa berani sahut cabaran ni?

SUMBER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN