2,500 Rakyat Malaysia Dikesan Hidap Penyakit Hati Setiap Tahun

Kira-kira 2,000 hingga 2,500 rakyat Malaysia dikesan menghidap penyakit hati kronik setiap tahun.

Ketua Perkhidmatan Pembedahan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Datuk Dr Harjit Singh berkata daripada jumlah itu, hanya 200 hingga 350 pesakit yang berpeluang menjalani pembedahan pemindahan hati.

20120627-094955.jpg

“Jika dibandingkan kos pemindahan hati di hospital swasta dan hospital luar negara, rata-rata akan menelan belanja sekitar RM350,000 hingga RM1 juta, menyebabkan ramai pesakit tidak berkemampuan untuk membiayai kos pembedahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Yayasan Maybank kepada Tabung Amanah Pusat Perkhidmatan Transplan Hepar Hospital Selayang di sini, hari ini.

Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor menyampaikan sumbangan berjumlah RM162,000 kepada Tabung Amanah Transplan Hepar yang diwakili Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh.

Dr Harjit berkata penyakit pada hati berpunca daripada pelbagai faktor seperti terlalu banyak mengambil minuman keras (alkohol), jangkitan hepatitis dan kanser, dan ia boleh menyebabkan kematian jika tidak segera dirawat.

— BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN