4 Langkah menjadi jutawan

Alhamdulillah, seronok baca perkongsian yang positif dan berguna daripada usahawan-usahawan muda dan berjaya di facebook… Nak berjaya, mesti belajar daripada orang yang telah berjaya. hari ni aku nak kongsi satu perkongsian menarik daripada Tuan Mohd Hanif di facebook tentang 4 langkah menjadi jutawan… terima kasih tuan atas perkongsian ini dan semoga bermanfaat kepada semua..

4 langkah menjadi jutawan

1) Online – Pilihan pertama untuk berniaga , anda boleh mulakan meniaga online, cari ilmu dan belajar bagaimana menjana wang di dunia siber. Kenapa ?

✔Kos bermula yg murah, cukup bayar internet bulan-bulan, atau gunakan wifi percuma di McD atau mamak. Jangan dicuri ,hack wifi pula, nanti tak berkat. 

✔Bermula dengan dropship, tak perlukan kos apa-apa, cukup kos iklan dan pemasaran sahaja. Pos barang dan pengurusan order dan produk semua diurus pemilik produk.

✔Networking’ yg tinggi, di internet ramai lagi usahawan-usahawan yg mantap dan cekal, boleh berkawan dan memiliki sahabat-sahabat yg positif dalam kehidupan.

2) Offline, kiosk – Bila dah menyimpan duit , dapat pulangan yg menggembirakan apabila sudah fokus berniaga di online, mulakan pula mencari tempat untuk menyewa , buat jualan secara offline. Kenapa ?

✔ Tak semua suka beli online, ada yg takut ditipu dan sebagainya

✔ Belajar bagaimana berniaga sebenarnya, bagaimana melayan dan menjaga
seorang pelanggan, tak sama seperti menjaga seorang pelanggan di internet

✔ Orang ramai lebih kenal dan tahu produk anda kerana sudah nampak dan merasa sendiri kehebatan produk

3) Pelaburan- Duit semakin banyak, tak tahu nk buat apa, laburkan sedikit untuk pendapatan yg tak perlu kita usaha buat,contohnya boleh simpan duit kita di ASB, di Tabung Haji, setiap tahun boleh dapat dividen dan bonus, jangan keluarkan duit ini sedikit pun .

Biarkan ia berkembang dan terus beranak, lagi muda kita menyimpan, umur 40 tahun sudah boleh merasa wang ratusan atau juta ringgit.

4) Aset Hartanah – Bila duit banyak, beli aset, tanah, rumah dan bangunan, pasaran hartanah yg semakin meningkat tak pernah turun. Boleh buat sewa dan jual balik bila harga meningkat.

Namun, walau apapun cara kita, jangan kita lupa doa dan keberkatan dalam perniagaan kita, insyaAllah kita semua boleh berjaya. Yang penting kita sudah bermula atau tengok sahaja ?

Sekadar berkongsi luahan, renung renungkan 

 

Sumber: Fb Tuan Mohd Hanif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN