Sejak dilancarkan pada Oktober yang lepas, dah lebih 5 juta Samsung Galaxy Note terjual. Tu maknanya 1 juta sebulan Samsung Galaxy Note ni terjual. Peh… Kayo tokey Samsung.. ๐
Perkembangan ini juga menyebabkan Nokia, gergasi telefon bimbit sebelum ini telah menutup banyak rangkaian kedainya di seluruh dunia seperti di Jepun, UK dan beberapa negara lagi. Kilang mereka di Romania juga telah ditutup pada September yang lepas. Nokia juga akan memberhentikan perkhidmatan OVI Share pada 30 Mei ini. Ovi share sekarang ini digunakan oleh pengguna untuk berkongsi kandungan media. Jadi pengguna Nokia dinasihatkan untuk mendownload semua kandungan mereka menjelang 30 Mei kerana semua kandungan tersebut tidak akan dapat diakses selepas 30 Mei.
March 13: Web uploads no longer possible
May 30: Last day for downloading user content
May 31: Service discontinued and no longer accessible
Ok, balik kepada cerita Samsung Galaxy Note tadi. Aku cukup berkenan dengan Note ni sebab
1. Skrin 5.3 inch 1280×800 dia yang Super Amoled tu. Memang superb.. Memang cun sebab bagi aku, senang nak tengok gambar, membaca dan yang paling penting besar daripada Samsung S Plus yang aku pakai sekarang. Saiz skrin dia memang sesuai dengan penggunaan aku. Senang nak update blog ni haaa ๐ Kalu guna S Plus ni asyik typo je.. Huhuhu
2. Processor dengan 1.4 Ghz dual core.. Fuh laju tu.. Takde la nak buat apa-apa pun lembab je.. Tekan je terus keluar…
3. S Pen stylus ni setakat ni aku tak reti lagi nak guna, kalu orang yang suka melukis suka kot main ngan stylus ni. Orang kidal yang takde seni cam aku ni tak tahu lagi la berguna ke tak stylus tu.. ๐
Gambar Samsung Galaxy Note yang ditangkap menggunakan Samsung Galaxy S Plus
Gambar Samsung Galaxy S Plus yang ditangkap guna camera Samsung Galaxy Note
Guna ipad ๐

Perghh.memang besar. Ni android juga kan?Memang puas hati kalau dapat ni
Terbaek setakat ni…
test ๐
BlogCikgu recently posted..Kerajaan Lakukan Kajian Rapatkan Jurang Sekolah Bandar Dan Luar Bandar