500 juta android telah diaktifkan di seluruh dunia

Dalam Apple tengah sibuk dengan iphone 5 yang akan dilancarkan pada hari ini, google pula mengumumkan 500 000 000 android telah diaktifkan di seluruh dunia. Statistik itu menjadikan pengguna android masih melebihi pengguna IOS.   Menurut Pengarah Pengurusan Produk Google, Hugo Bara dalam laman Google+nya, lebih 1.3 juta android ditambah setiap hari, dan lebih mengejutkan lagi pada bulan Mei 2012 sebanyak 900 000 android diaktifkan setiap hari iaitu semasa Galaxy S3 dilancarkan. Jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara jika dibandingkan pada Disember 2011 sebanyak 700 000 android diaktifkan setiap hari.

Today is a big day for Android… 500 million devices activated globally, and over 1.3 million added every single day.

Oh, and btw, the Jelly Bean statue is back in our front yard 🙂

-Hugo Barra

Pelancaran Galaxy S3 pada Mei lalu juga menyebabkan kenaikan mendadak pengguna android. Samsung mengumumkan lebih 20 juta Galaxy S3 telah dijual dan kini semakin meningkat dengan pengeluaran beberapa warna baru bagi Galaxy S3. Sebelum ini, Galaxy S3 hanya dikeluarkan dalam 2 warna iaitu putih dan biru, kini S3 keluar dengan beberapa warna yang lebih menarik seperti coklat, hitam, merah dan kelabu. (Amber Brown, Sapphire Black, Garnet Red and Titanium Grey)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN