5,000 guru dinaikkan pangkat ke Gred DG42

image

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,000 guru melibatkan Gred DG29, DG32, DG34, dan DG38 akan dinaikkan pangkat ke Gred DG42 pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha itu bagi memartabatkan profesion perguruan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) yang meletakkan sasaran 60 peratus guru siswazah sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah sekolah menengah pada 2015.

“Pada tahun ini, seramai 6,286 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) dijangka bergraduasi, manakala 27,105 orang PPP dijangka bergraduasi pada tahun 2015.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menyokong guru-guru untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat tertinggi. Berdasarkan rekod pada 2014 sahaja, seramai 250 guru menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan 150 guru ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Guru kali ke-43 bertemakan “Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi” di sini, semalam.
sempena sambutan Hari Guru tersebut, Muhyiddin turut dikejutkan dengan kehadiran guru matematiknya, Yusof Karto, 80, yang didatangkan khas pada majlis tersebut.

Kemeriahan sambutan majlis tersebut diserikan dengan pengumuman Tokoh Kepimpinan Kebangsaan yang dianugerahkan kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran pada 2007 hingga 2010, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan tokoh Guru Kebangsaan dianugerahkan kepada Tengku Azuan Tengku Mohamed.

Mengulas lanjut, katanya, penambahbaikan kenaikan pangkat  secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan di bawah KPM bertujuan untuk menikmati kenaikan pangkat merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada warga pendidik.

“Sehingga Jun 2014, dijangkakan seramai 195 guru dinaikkan ke gred DG54, manakala 643 orang gred DG52, 803 orang ke gred DG48 dan 8,954 orang ke gred DG44.

“Bagi guru bukan siswazah pula, seramai 354 orang dinaikkan ke gred DG44. Bagi guru bukan siswazah, seramai 354 orang dinaikkan ke gred DGA38, manakala 11,314 orang dinaikkan ke gred DGA34 dan 4,091 orang ke gred DGA32,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN