Abakus ke sempoa?

Murid tahun 1 telah diperkenalkan dengan penggunaan abakus dalam matapelajaran matematik sejak KSSR dilaksanakan bermula tahun 2011. Pada peringkat permulaan, murid didedahkan dengan asas & cara penggunaan abakus dengan betul. Mengikut perancangan KPM, murid hanya menggunakan abakus pada tahap 1.. di tahap 2 mereka akan didedahkan dengan mental aritmetik pula.. maknanya murid tahap 2 sepatutnya tidak menggunakan abakus lagi.. hanya menggunakan abakus secara mental atau mental aritmetik.

Ibu-bapa juga tentu pening nak mengajar anak-anak menggunakan abakus. Mana tak nya, zaman  dulu mana guna abakus.. zaman dulu guna batang ais krim je.. kalau canggih sikit guna dekak-dekak yang warna-warni tu.. 🙂

Untuk info, abakus dan sempoa adalah alat yang berbeza.. Sempoa mempunyai bilangan manik yang tidak sama seperti abakus. Sempoa mempunyai 5 manik di bahagian bawah dan 2 manik di bahagian atas. Berbeza dengan abakus, abakus mempunyai 4 manik di bahagian bawah manakala hanya 1 di bahagian atas

sempoa cina

sempoa

 abakusabakus

 

Kalau nak terangkan secara detail penggunaan abakus kat sini memang susah.. mujurlah KPM melalui BPK telah menyiapkan modul khas untuk memudahkan guru @ ibu-bapa mengajar anak-anak / murid tentang abakus. Di dalam modul ini juga diterangkan cara menggunakan abakus untuk tambah, tolak darab dan bahagi nombor.

DOWNLOAD MODUL ABAKUS DISINI (sila gunakan winrar untuk membuka fail)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN