Abby Abadi dapat hidayah sesat??

20120627-115510.jpg

PELAKON yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan Gerak Khas, Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagai mendapat hidayah sesat.

Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej manis bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya.

20120627-115321.jpg

Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau,pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat.

Sebelum ini Abby mendapat liputan media apabila dilihat menyangkal kenyataan salah seorang menteri yang mendakwa peserta Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh parti Islam itu menerima bayaran.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis terkenal tanah air secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Parti Islam, PAS malah ramai yang turut bergiat aktif sebagai aktivis parti Islam itu.

Semasa Abby aktif di dalam dunia lakonan, sibuk dengan dunia seni menghiburkan orang tiada pihak yang menuduhnya sesat, namun selepas beliau mula berhijrah, menutup aurat dan mula berdakwah dituduh pula mendapat hidayah sesat.

-milosuam.blogspot.com

WanDin: Pelik betul manusia, orang nak bertudung, nak berubah pun dituduh sesat. Kalau tak pakai tudung, pakai pakaian yang menjolok mata tu tak kisah pulak.. Lagi satu kalau parti PAS tu sesat, dah lama parti tu diharamkan oleh majlis fatwa… Dah lama Presiden PAS dan semua tok guru-guru kena tangkap macam Ayah Pin… Eh, Ayah Pin dah kena tangkap ke??. 🙂

20120627-120514.jpg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN