Akaun Bob Kuman kena sekat plak…

Hari tu, kecoh cerita pasal Bob Kuman perlukan pertolongan untuk menyelesaikan bil perubatan beliau, ramai yang nak menolong sehinggakan akaun Maybank beliau pun telah disekat oleh Maybank. Biasanya, akaun maybank akan disekat sebab terlalu banyak transisi terhadap sesuatu akaun tersebut. Jadi pemegang akaun perlu menghubungi pihak bank untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Bank Simpanan Nasional 1413229000146631)

Ini pula update terbaru tentang Bob Kuman dan kes “tolong bukan sebab parti” oleh blog bro Mazidul Akmal.

AKAUN MAYBANK BOB KUMAN DISEKAT

Mewakili Bob Kuman, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog ini dan rakan Facebook kerana sudi membantu insan dilanda musibah.
Baca kisah lengkap penderitaan artis itu, klik di sini.

Melalui pengalaman lalu, saya percaya, berikutan banyak transaksi berlaku, Maybank telah menyekat akaun Bob buat sementara waktu untuk tujuan keselamatan.

Saya telah menelefon Bob sebelum jam 12 tengah malam tadi dan dia akan menghubungi institusi kewangan terbabit awal pagi ini untuk memohon akaun terbabit diaktifkan kembali. Sebaik akaun itu aktif semula, saya akan memaklumkan kepada semua pembaca melalui blog ini.
Rakan saya, Razali bertindak menjawab pelbagai panggilan dan menjawab banyak soalan orang ramai berkata.
“Bro, orang tadi telefon dan bertanya, awak dari cawangan PAS mana?,” ujarnya.
“Katakan kepada dia, kita bukan membantu orang berasaskan kepartian. Bob, kawan,” balas saya.

Kami berdua kemudian tersenyum

sumber : mazidulakmal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN