Album Dan Filem Metallica Bakal Di Pasaran

Empat tahun tanpa album, kumpulan Metallica bakal muncul dengan produk baru. Khabar gembira itu dipetik menerusi laman web Blabbermouth.

Jelas salah seorang anggotanya Lars Ulrich, bandnya sudah tidak sabar mahu memasuki studio rakaman untuk menghasilkan produk baru mereka.

“Album sebelum ini Death Magnetic diterbitkan pada tahun 2008. Empat tahun tanpa album rasanya sudah tiba masanya kami menghasilkan sesuatu yang baru untuk peminat. Malah kami sendiri sudah merindui mahu memasuki studio rakaman,” katanya.

Mengakui bakal menjalani proses yang lama untuk penghasilan produk baru itu, kerana kata Ulrich, kesemua anggota yang lain juga sibuk dengan komitmen masing-masing.

“Kami menjangkakan album baru ini akan mengambil masa yang sedikit panjang untuk disiapkan. Ini kerana kesemua kami mempunyai projek tersendiri.

“Tapi yang penting, kami masih cuba mencuri masa untuk bersatu dan menghasilkan yang terbaik untuk peminat. Mungkin akhir tahun 2013 atau awal tahun 2014 baru album itu akan berada di pasaran,”jelasnya.

Dalam pada itu, kata Ulrich kini mereka sibuk dengan latihan konsert yang bakal diadakan di Kanada. Lebih manis lagi, konsert itu bakal dirakamkan oleh pengarah filem, Nimrod Antal untuk dijadikan filem.

“Konsert kami di Kanada pada 24 dan 25 Ogos ini akan dirakam untuk dijadikan sebuah filem perjalanan muzik kami. Manakala penggambaran babak lain dalam filem itu kelak akan dijalankan selepas konsert itu nanti, mungkin pada bulan September depan,”jelasnya penuh teruja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN