Anak kena kuning | ceritawan.com
Aku dan Duniaku

Anak kena kuning

BAWAH UMUR & BELUM KAHWIN, SILA JANGAN KLIK

image

Kuning, atau dalam istilah perubatannya jaundice.. Penyakit ni sangat bahaya jika tak dirawat sejak dari awal. Boleh membawa kepada kerosakan otak

Tadi terbaca di blog Ben Ashaari pasal juniornya yang terkena jaundis ni. Macam-macam cara orang bagi untuk menghilangkan kuning ni. Anak aku sendiri pernah ditahan di hospital sebab jaundis ni. Dua-dua plak tu. Yang first tu sampai wife aku mengalir air mata. Mana tak sedih kan?? Anak baru je lahir nak kena tinggal kat hospital, tido bawah lampu plak tu..

Jadi tanya kat orang, macam-macam petua yang diorang bagi. Ada yang nampak juga logiknya, yang nampak mengarut pun banyak.

Antaranya:

1. Bagi minum susu kambing – takda kajian atau pendapat doktor yang menunjukkan susu kambing ni boleh menurunkan tahap kuning anak. Aku buat research sikit di google, terjumpa satu blog doktor mana pun aku dah lupa. Doktor tu sangat tidak setuju jika kita memberi susu kambing kepada anak. Sebabnya, susu kambing segar biasanya tidak disteril. Mungkin susu itu mempunyai bakteria yang boleh membahayakan nyawa baby. Ye la.. Baby pun masih baru, sistem imun dia pun masih rendah. Susu kambing juga boleh menyebabkan alahan kepada baby itu sendiri. Bahaya ooo… Jadi elakkan bagi susu kambing… Susu ibu takpa.. Sangat bagus untuk baby dan ibu tu sendiri..

2. Jemur di bawah matahari – Yang ni pun aku tak setuju sebab, walaupun di waktu pagi, kepanasan matahari tu tak sama macam dulu-dulu. Tahap ozon yang nipis sekarang boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada kita. Ini pulak baby yang baru lahir. Memang dia suruh jemur waktu pagi.. Kita yang dah tua ni pun rasa perit kan? Ini pulak kulit baby yang lembut dan gebu tu.. :)

3. Bagi minum sedikit jus anggur hitam – Bukan bagi minum jus yang dalam botol tu ye.. Ambil je sebiji anggur hitam, picitkan sedikit ke dalam mulut baby. Yang ni aku pernah try dan takde masalah dengan baby.. Aku buat setelah membaca di blog-blog lain yang menceritakan keberkesanan anggur hitam ni.

IKLAN

Bagi aku yang paling penting jika anak kena jaudice ni, bagi je susu ibu banyak-banyak. Jika doktor suruh duduk bawah fototherapy tu, buat je… InsyaAllah jaundice tu akan turun..

Apa itu jaudice

Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:
Jaundis fisiologikal
Jaundis patologikal
Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice)
Hampir semua bayi baru lahir akan kuning di hari ke-3. Itu sebabnya, seluruh bayi perlu diperiksa kadar bilirubin dalam darah pada hari itu. Normalnya, kadar bilirubin adalah 0-1 mcg. Namun, sampai hari ke-7, kadar bilirubin boleh mencecah sehingga 12 mcg.

Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.

Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.

Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.

Rawatan Jaundis
Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi menurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu jika bayi yang baru lahir jika nampak kuning maka perlulah dibawa berjumpa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.

Sumber: Blog Dr.Saiful

BAWAH UMUR & BELUM KAHWIN, SILA JANGAN KLIK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ni takde chat room... Tempat komen ada.. jom chit-chat kat bawah.. :)

comments

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

IKLAN

Facebook

Archives

Kategori