Anonymous akan bertindak atas penutupan demonoid.com

Beberapa hari lepas, salah satu laman web torrent terkenal, demonoid.com telah di tutup oleh kerajaan Ukaraine. Penutupan web torrent terkenal itu telah menyebabkan kemarahan banyak pihak terutama uploader dan downloader dari seluruh dunia.

Kerajaan Ukraine telah menyerbu pusat pengkalan data web tersebut yang terletak di negara tersebut.

Anonymous akan melancarkan serangan terhadap web-web kerajaan Ukraine pada hari rabu dengan mengenakan DDos ke atas web-web kerajaan tersebut. Operasi ini dikenali sebagai #OpDemonoid. Serangan DDos ini sangat mudah dilakukan dengan menghantar jumlah trafik yang sangat besar dalam satu-satu masa sehingga menyebabkan server web-web tersebut tidak dapat menampung jumlah trafik tersebut. Seterusnya akan menyebabkan web yang diserang tersebut lumpuh.

Seterusnya, anonymous akan memulihkan semula web demonoid dengan meminta ahli-ahli dari seluruh dunia untuk mewujudkan mirror site yang akan dikenali sebagai “open-source Demonoid.”

Web tersebut diserbu atas permintaan Mexico dengan kerjasama Interpol. Sebab utama web ini ditutup adalah keran melanggar akta hak cipta atau lebih dikenali sebagai SOPA / ACTA sebagaimana sebuah laman web serupa iaitu Megaupload turut menerima nasib yang sama Januari lalu.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN