Anonymous ancam kerajaan China pula

image

Kumpulan penggodam anonymous kali ni mengancam kerajaan China pula untuk menggodam web-web kerajaan China. Sekali fikir bagus juga diorang ni. Sasaran mereka kebanyakannya kerajaan yang bermasalah seperti mengamalkan rasuah, melakukan penindasan kepada rakyatnya dan sebagainya. Tapi dari sudut yang lain, tindakan mereka ini salah dari sisi undang-undang dan moral..

SHANGHAI: Kumpulan aktivis penggodam Anonymous merancang untuk melancarkan lebih banyak serangan ke atas halaman web Kerajaan China dalam usaha untuk mendedahkan amalan rasuah dan melobi bagi hak kemanusiaan, kata seorang ahli kumpulan terbabit semalam.

Anonymous yang melakukan serangan terhadap halaman web kerajaan dan kewangan di seluruh dunia, menggodam beberapa halaman web Kerajaan China minggu lalu, lapor media.

Kumpulan itu menggunakan akaun Twitter ‘Anonymous China’ untuk memaklumkan mengenai serangan, menghantar pautan ke fail data yang mengandungi kata laluan dan maklumat peribadi lain dari halaman web yang digodam.

“Mula-mula kami mahu memberi amaran kepada Kerajaan China bahawa kami tidak takut dan kami akan menunjukkan kebenaran dan berjuang untuk keadilan,” kata penggodam Anonymours ‘f0ws3r’.

Penggodam terbabit yang enggan memberikan sebarang maklumat peribadi dihubungi melalui halaman Twitter Anonymous China. F0ws3r berkata, kumpulan itu merancang serangan lebih serius terhadap halaman web China.

“Ya, kami merancang lebih banyak serangan, beberapa kali dalam satu masa,” kata f0ws3r, sambil menambah rancangan itu untuk melumpuhkan ‘Great Firewall of China.’ – Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. April 10, 2012    

    Entri ynag menarik.Memang suka baca pasal anonymous2 ni.hehe.:P
    Apeach recently posted..Dari Lensa Ray #4My Profile

  2. wandin wandin
    April 10, 2012    

    Tu la… Memang best baca pasal diorang ni… Kadang-kadang terfikir gak cam nak join grup anonymous ni… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN