Apa itu fenomena ekuinoks dan kesannya kepada suhu

ekuinoks mac 2015Perkataan ekuinoks berasal daripada perkataan bahasa Latin aequus (bersamaan) dan nox (malam).

Fenomena ekuinoks berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa untuk mengubah kedudukannya dari hemisfera Selatan Bumi ke hemisfera Utara setelah enam bulan berada di hemisfera Selatan.

Fenomena ekuinoks ini akan berlaku pada 21 Mac 2015 antara pukul 8.41 pagi waktu Kepulauan  Faroe dan kemuncaknya berlaku pada 10.15 pagi ketika itu. Ketika inilah (10.15 pagi) penduduk di sekitar kawasan itu akan mengalami waktu gelap selama 2 minit.

Selain kawasan kepulauan Faroe, fenomena itu juga dapat dilihat di kawasan Lautan Artik dari Greenland ke Norway.

Ketika ia berlaku, mereka yang berada di atas atau berdekatan dengan garisan Khatulistiwa terutamanya di kawasan Pontianak, Indonesia akan mendapati matahari berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari, bergantung kepada waktu tempatan masing-masing.

Ketika matahari tegak di langit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang mereka seperti kebiasaan.

Semasa fenomena Ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.

Fenomena gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi di antara Bumi dan Matahari yang penduduknya dapat melihat bayang-bayang matahari secara  penuh atau separa.

Berdasarkan kepada fakta di atas, ada pendapat yang mengatakan bahawa sewaktu fenomena Ekuinoks berlaku, Matahari akan berada lebih hampir dengan Bumi berbanding dengan waktu-waktu lain. Apabila Matahari berada lebih hampir dengan Bumi, maka sudah pasti Bumi akan mengalami cuaca yang lebih panas daripada kebiasaan.

Fakta ini adalah tidak benar kerana dalam tempoh setahun, sebenarnya Bumi akan berada paling hampir dengan Matahari semasa ia berada di kedudukan Perihelion yang kebiasaanya berlaku pada 4 Januari dan akan berada dikedudukan paling jauh daripada Matahari atau Aphelion pada 6 Julai setiap tahun.

Adalah jelas bahawa, jarak Bumi sebenarnya tidak berada terlalu hampir dan juga tidak terlalu jauh daripada Matahari semasa fenomena Ekuinoks ini berlaku.

Tambahan daripada itu, perbezaan jarak Bumi paling hampir dengan Matahari (Perihelion) dan paling jauh  dengan Matahari (Aphelion) adalah hanya sebanyak tiga peratus sahaja. Secara keseluruhannya nilai perbezaan sebanyak tiga peratus.

Perbezaan tersebut  sebenarnya adalah terlalu kecil atau tidak cukup signifikan untuk menyebabkan perubahan suhu Bumi. Boleh juga dikatakan bahawa tenaga Matahari yang diterima oleh Bumi adalah sebenarnya hampir sekata sepanjang tahun. Ini disebabkan orbit Bumi sebenarnya sangat hampir kepada bentuk bulatan.

Keadaan panas yang dialami pada masa kini lebih dipengaruhi oleh faktor-faktor cuaca di permukaan Bumi seperti tiupan angin dan juga faktor kadar pembentukan awan yang membawa hujan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN