Apa itu fn+fk

wpid-papanhitam-cikgu.jpgDah lama tak mengajar subjek bahasa melayu, hari ni kerja rumah Adam kena cari ayat yang ada fn+fk. Dah lupa apa itu fn dan fk. Jawapannya kita google… 🙂

fn ialah Frasa Nama yang boleh terdiri daripada satu atau lebih perkataan. Contohnya; ayah, ali, murid, guru, kedai, pejabat, bangunan, pemain golf, peguam bela, imam besar.

fk ialah Frasa Kerja yang juga boleh terdiri daripada satu atau lebih perkataan. Contohnya; makan, minum, belajar, menjaga, bertolak ansur, bertanggung-jawab.

Contoh ayat yang mempunyai frasa fn+fk pula;

  1. Pegawai polis menjaga keamanan negara.
  2. Kumpulan koir menyanyikan lagu-lagu patriotik.
  3. Anas memakai baju tebal.
  4. Pokok teh ditanam di lereng-lereng bukit.
  5. Pelajar itu bertolak pulang ke Ipoh.

Sekian pelajaran ringkas tatabahasa tahun 1 kita hari ini.. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN