Apa itu i-Think

Apakah Program i-THINK

Program i-THINK adalah program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.

 

Siapakah yang bertanggungjawab?

Agensi Inovasi malaysia (AIM) yang pergerusikan oleh YAB Perdana Meneri dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara. Agensi Inovasi Negara bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan inpian tersebut.

 

Bagaimanakah i-THINK dilaksanakan?

  1. Kursus i-Think kepada Pasukan Pemandu Sekolah & Guru.
  2. Pelaksanaan Rintis Program i-THINK.
  3. Pelaksanaan penuh Program i-THINK di semua sekolah rendah dan sekolah menengah secara berperingkat.

 

Kenapa Program i-THINK?

Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan kemahiran berfikit aras tinggi (Higher Order Thinking Skills) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.

 

Bila dan Siapakah Yang Terlibat?

Tarikh:  Cadangan Januari – Mac 2012

Sekolah : BIlangan sekolah

  • 10 buah
  • 6 sekolah rendah dan 4 sekolah menengah di bandar dan luar bandar.

Murid: Semua murid sekolah terlibat kecuali tingkatan 5.

Guru: Semua guru sekolah rintis terlibat.

 

Siapakah yang akan melatih Pasukan Pemandu Sekolah dan Guru Sekolah?

Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengedalikan kursus bagi program i-THINK.

Perunding telah melaksanakan kajian keperluan di Malaysia dan Penyelaras Program telah didedahkan dengan program tersebut melalui lawatan kerja ke 9 buah ‘thinking schools’ di United Kingdom pada 10-14 Oktober 2011

 

Apakah alat berfikir yang akan diperkenalkan?

  • Thinking Maps.
  • Habits of mind.
  • Thinking Hats.
  • Q-Matrix Charts.

Apakah Yang diharapkan dari Program i-THINK?

  • Dengan menggunakan Alat Berfikir (thinking tools); murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
  • Aktiviti banyak berpusatkan murid.
  • Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN