Azwan Ali mengamuk lagi di Twitter..

Artis mengamuk di twitter dan facebook ni dah jadi macam trend pulak di Malaysia.. tapi biasa la kan.. kalau dah jadi artis, apa pun yang diorang buat.. mesti jadi perhatian.. Masyarakat marhaen macam kita ni selalu jugak mengamuk kat facebook, kat twitter.. tapi ada ke diorang kesah??? sebelum ni kecoh cerita pasal Zed Zaidi yang kononnya tak berpuashati dengan kemenangan Aaron Aziz semasa ABPBH tempoh hari.. Kali ni cerita pasal Azwan Ali pulak..

Pengacara tempatan terkenal, Azwan Ali sekali lagi telah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan akaun Twitter miliknya untuk meluahkan rasa marah terhadap ibunya sendiri dengan menggunakan kata-kata kurang elok.

Perkara tersebut berlaku selepas sebuah portal menyiarkan luahan kekecewaan ibunya, Che Tom Yahaya, 78, terhadap sikap abangnya yang juga seorang ahli politik, Azmin Ali yang dikatakan telah mengabaikannya dan sudah berubah sikap.

Kemarahannya itu turut ditujukan kepada pengguna Twitter lain dengan melabelkan mereka sebagai ‘bangkai’.

Walaupun ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya, pengacara terkenal ini kelihatan tidak mengalah dan menjawab setiap komen yang tidak bersetuju dengan sikapnya itu.

Sebelum ini pengacara televisyen berusia 46 tahun pernah mengancam untuk membunuh adiknya, Ummi Hafilda melalui Twitter.

Namun pada 18 Januari lalu, dia telah tampil membuat permohonan maaf selepas Ummi membuat laporan polis terhadapnya.

-cinema

 

Kalau nak tengok mesej-mesej twitter tersebut, KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. Iswan Iswan
    May 8, 2012    

    bro..upload la apa yang di dok marah sgt kat mak dia..nak baca ayat2 anak derhaka nieh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN