Walaupun Dato’ Lee Chong Wei kalah dalam perlawanan akhir badminton olimpik Ahad lepas, Baskin Robbins tetap memberikan aiskrim percuma kepada semua rakyat Malaysia. Ais krim percuma ini akan tetap diberikan seperti yang dijanjikan sebelum ini iaitu pada hari Rabu, 8.8.2012 bermula pukul 8 hingga 10 malam..
Papepun, tahniah sekali lagi kepada Chong Wei kerana memberikan pingat pertama kepada Malaysia…
“TERIMA KASIH” mungkin hanya dua patah perkataan yang sering sahaja kita gunakan dalam perbualan harian. Namun, di sebalik kata seringkas “terima kasih” ini, tersirat perasaan ikhlas yang amat mendalam oleh rakyat Malaysia terhadap para kontinjen negara di London yang telah mengharumkan nama Negara atas pencapaian mereka hingga kini.
Bagi menghargai kesungguhan dan usaha keras para atlet negara yang telah membanggakan nama Malaysia, Impian Emas Negara – sebuah inisiatif Olimpik oleh Media Prima Berhad – akan TETAP menghadiahkan semua rakyat Malaysia dengan aiskrim Baskin-Robbins secara PERCUMA!
-Baskin Robbins
