Bawa telefon, iPad ke sekolah

image

Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

”Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka,” katanya.

WanDin: Maka bertambahlah satu lagi kerja untuk cikgu-cikgu… Nak buat spotcheck kalau henfon ataupun ipad murid hilang.. Tu belum masuk bab rakam-merakam aksi-aksi mereka kat sekolah lagi… Kementerian dah kaji betul-betul ke ni???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

  1. July 17, 2012    

    I could not resist commenting. Very well written!
    duit online recently posted..duit onlineMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN