Bayi lelaki ditemui dalam rumah kosong di Georgetown

20120712-165311.jpg

Gambar hiasan

GEORGETOWN – Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di sebuah rumah kosong di Lorong Kulit di sini hari ini.

Bayi yang dipercayai baru berusia seminggu itu ditemui oleh pengembala lembu pada pukul 1.25 petang.

Jeffri Sabaruddin, 27, yang menemui bayi itu, berkata beliau yang ingin memeriksa rumah lama milik keluarganya itu terlihat seorang wanita meninggalkan rumah kosong itu secara tergesa-gesa.

“Keadaannya mencurigakan, dia terus lari dan naik bas yang kebetulan lalu di situ apabila nampak saya mengekorinya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jeffri berkata beliau menemui bayi yang lengkap berpakaian itu apabila masuk ke rumah berkenaan.

“Bayi itu diletakkan di tengah-tengah rumah berlapikkan kain batik dan guni.

Botol susu berisi susu turut ditinggalkan di situ,” katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata bayi berkenaan dihantar ke Hopsital Pulau Pinang.

“Polis sedang mengesan seorang wanita dipercayai rakyat Indonesia berusia 30-an yang dipercayai menuju ke Kompleks Tun Razak (Komtar) atau jeti. Wajah wanita terbabit telah dikenalpasti menerusi fotofit polis,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan, katanya.- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN