Belia Selangor MTB Fun Ride 2012

Hari ni sekali lagi aku dan rakan-rakan GP1Adventure Team sertai kayuhan basikal. Kali ni di Batang Kali iaitu Kayuhan Belia Selangor MTB Fun Ride 2012. Nama pun fun ride, jadi kami ke sini pun just for fun la… 🙂 saje seronok-seronok kayuh ramai-ramai… bukan nak menang.. janji habis, janji berpeluh, cukup…

Kayuhan ni tak jauh mana.. 30km je.. trek lebih kurang 70% offroad dan 30% onroad.. Best jugak trek ni.. Banyak roller coaster.. Bukit yang tinggi tak banyak sangat.. boleh la layan.. Waktu mula sepatutnya 8.30, tapi orang dah mula, kami baru sampai.. mana nak tukar baju lagi.. cari nombor lagi.. setting basikal lagi.. yang belum sampai pun ada.. akibatnya.. kul 9.15 baru boleh mula… orang lain dah sampai mana ntah.. kami baru gerak.. tapi takpa, kata fun ride kan???

Dah mula.. cam biasa la.. penyakit krem mula melanda…

Itu akibatnya kalau jarang bersenam… makan je kerja.. tak gitu Pejol? hahaha… Nasib baik ada Abam Mior… hehehe.. Papepun tahniah juga buat semua kerana berjaya menghabiskan kayuhan ni tanpa sebarang masalah… masalah krem ni perkara biasa.. bak kata Pejol…

“Pemain bola sepak negara pun selalu krem”… 🙂

Yang tak bestnya kali ni, tak dapat t-shirt ngan medal… huhuhu.. bayaran pun RM20 je.. memang tak dapat la der… Cabutan bertuah “Grand Lucky Draw” pun tak menyebelahi kami, sorang pun tak dapat… huhuhu.. cuma dapat ‘On Arrival Lucky Draw’.. dapat la pump.. dapat minyak rantai.. ngan bottle holder..

Kalau nak tengok gambar Gambar Belia Selangor MTB Fun Ride 2012 ni.. KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN